Khamis, Jun 25, 2009

Fadilat Puasa Sepanjang Rejab

Selamat Menyambut bulan Rejab
Fadilat puasa sepanjang Rejab
24 June bersamaan 1 Rejab 1430H



REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam telah muncul lagi. Rejab yang
bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan
melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya pada bulan yang sangat mulia ini.
Pada bulan ini mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana
berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera
Salib dan ada berpendapat bulan inilah berlakunya peristiwa Israk dan
Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga ramai melihat Rejab sebagai satu
bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.


Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk
melakukan ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang
mengandungi fadilat ibadat di dalam bulan itu. Justeru, Rejab sebagai bulan
yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk
menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh
sahabat mengenai kelebihan bulan Rejab. Amalan terbaik di dalam Rejab ini
ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai kelebihan berpuasa
pada Rejab adalah seperti berikut:

  • Puasa satu hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.

  • Puasa dua hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.

  • Puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.

  • Puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.

  • Puasa lima hari - aman dari azab kubur.

  • Puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

  • Puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.

  • Puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.

  • Puasa sembilan hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

  • Puasa 19 hari - Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.

  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

    Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya
    seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap
    hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat
    ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran
    dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70
    hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. Berpuasa pada 27 Rejab (Hari
    Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan
    sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan
    Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada
    manisan, lebih dingin daripada salji. Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab
    seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti
    beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai
    dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari
    seribu kali. Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan
    kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan
    dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang
    lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari,
    sekurang-kurangnya sebuku roti. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan
    umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya
    70 kali. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau
    100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Rejab bulan
    Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah. Rejab
    adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadan
    bulan menuai.
    Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan
    menyucikan roh. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan
    syafaat, manakala Ramadan menggandakan kebajikan. Rejab adalah bulan
    taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala
    amalan yang banyak. Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban
    diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1,000 pahala.

    Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
    Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun,
    membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan
    zikir, mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, memohon
    keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya dan
    menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan
    sirah Islam lain
    .

    Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:
    Israk dan Mikraj (27 Rejab), Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj) dan Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan
    Hijrah.

    Doa pada Rejab:
    Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta
    sampaikan kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau
    berikan kepadaku dan mengakui dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah. Beristighfar paling baik dalam bulan Rejab: Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.


    "Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
    Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
    Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best