Isnin, Jun 29, 2009

persiapan utk mu sayang ,,,,



salam semua...

aku dah mula berdebar2 sebab anak sulung aku akan melangkah ke sekolah tahun depan macam tak percaya pun ada jugak sebab aku rasa macam baru je kawin .. heheheheh
esok aku akan buat booking kelas utk anak aku .. izzul hakimi, cikgu dia ckp bawak

1. duit booking RM 100
2. 4 keping gambar
3. salinan surat beranak @ my kid

aku bukan tak mahu anto kat kelas kemas tapi umur dia tak cukup 6 tahun .....
nak tahu tadika apa tungggu .....
Episod akan datang ,, wahkkakakak macam drama pulak .. hehehehe



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Tips Membina insan Cemerlang

Tatacara Tidur , Makan & Minum • Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa, Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.•

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & Insya-Allah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.•

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab, bagi yang tegah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm,around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak (baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak. Tatacara didik diri sendiri

Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya),

selalu sakit perut & etc Ada 3 kategori manusia :-

1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam

2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam

3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam "Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!

Dipanjangkan dari Dr AHMAD FADILLAH KAMSAH.Kita kongsi bersama






"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Khamis, Jun 25, 2009

Fadilat Puasa Sepanjang Rejab

Selamat Menyambut bulan Rejab
Fadilat puasa sepanjang Rejab
24 June bersamaan 1 Rejab 1430H



REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam telah muncul lagi. Rejab yang
bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan
melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya pada bulan yang sangat mulia ini.
Pada bulan ini mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana
berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera
Salib dan ada berpendapat bulan inilah berlakunya peristiwa Israk dan
Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga ramai melihat Rejab sebagai satu
bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.


Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk
melakukan ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang
mengandungi fadilat ibadat di dalam bulan itu. Justeru, Rejab sebagai bulan
yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk
menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh
sahabat mengenai kelebihan bulan Rejab. Amalan terbaik di dalam Rejab ini
ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai kelebihan berpuasa
pada Rejab adalah seperti berikut:

  • Puasa satu hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.

  • Puasa dua hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.

  • Puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.

  • Puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.

  • Puasa lima hari - aman dari azab kubur.

  • Puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

  • Puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.

  • Puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.

  • Puasa sembilan hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

  • Puasa 19 hari - Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.

  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

    Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya
    seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap
    hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat
    ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran
    dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70
    hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. Berpuasa pada 27 Rejab (Hari
    Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan
    sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan
    Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada
    manisan, lebih dingin daripada salji. Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab
    seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti
    beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai
    dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari
    seribu kali. Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan
    kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan
    dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang
    lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari,
    sekurang-kurangnya sebuku roti. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan
    umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya
    70 kali. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau
    100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Rejab bulan
    Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah. Rejab
    adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadan
    bulan menuai.
    Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan
    menyucikan roh. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan
    syafaat, manakala Ramadan menggandakan kebajikan. Rejab adalah bulan
    taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala
    amalan yang banyak. Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban
    diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1,000 pahala.

    Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
    Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun,
    membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan
    zikir, mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, memohon
    keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya dan
    menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan
    sirah Islam lain
    .

    Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:
    Israk dan Mikraj (27 Rejab), Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj) dan Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan
    Hijrah.

    Doa pada Rejab:
    Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta
    sampaikan kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau
    berikan kepadaku dan mengakui dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah. Beristighfar paling baik dalam bulan Rejab: Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.


    "Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
    Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
    Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Ceria Anak2 ku ..


Salam,
hah,,, penat nye tapi seronok taw..layan anak main basikal siap bertopi keledar lagi .. heheeheh sempat alh snap gambar ne .. yg lain hamper .. gelap .. heheheheh




"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

award



award ne dr kak yong tq kak yong... kita kawan he,,, heheheheh




"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, Jun 22, 2009

selamt hari bapak,bapa,ayah,abah,dady,ipah dll







Selamt hari bapak,bapa,ayah,abah,abu,ipah
dan semua yg sewaktu dngnye
bapak semlm bapak lepak sangat sebab ada meeting.. kampung org kuat lah katakan..terpaksa membahagi masa, masa bersama kami agak cemburu..tapi tak apa kami tak cemburu.. semlm just makan2 pas tu aku buat kuih somsom.. heheheh ingat masa mengandung anak sulung susah nye aku nak jumpa kuih ne.. tapi skg ne aku dah bole buat sendiri ,. hehehehe buat bapak " bapak lah yang paling best dlm dunia ne.. tak kan ada org bole ganti hehehheh dan bapak lah yg paling hensome dlm hati kami ...."
semoga bapak bahagia dunia dan akhirat..
terima kasih sebab jadi bapak pada kami...

buat insan yang tercinta.... sumia kecintaan ku KHAIRI
umi sayang abah.... tiada kata seindah bahasa.. ewah...ewah...
huhuuhuhuh I LOVE YOU...



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Jumaat, Jun 19, 2009

selamat pulang mama....

salam ,
selamat pulang mama dan nenek!!

ucapan ne khas buat mama dan nenek yg bakal pulang ke malaysia setelah 2 minggu ke umrah .. moga2 mama dan nenek sihat,
buat kak shila jng sedih2 lagi taw.. mama awak dah kembali .. huhuhuuhuhu
tapi chem tak dapat jemput mama sebab ganti tempat abg hubby chem pulak ada pingpong so nak bawak keta manual mintak ampunlah chem tak reti....
buat abg mail ko gi lah ambik aku bole tolong mana yg patut.. heheheh e
mama dan nenek di jangka sampai kat sini lebih kurang lepas zohor.. so tunggu .....


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Selasa, Jun 16, 2009

Farewell

salam,
nurul setiap yang bertemu pasti berpisah ... nurul aku doakan semoga ko bahagia selalu .... jadi isteri yg baik , ibu yg baik serta jng lupa anak yg baik ..
salam sayang dari aku sekeluarga

inilah dia nurul org nya baik tak byk ckp tapi manis .. dah nak kawin pun...
moga2 bahagia ....



nurul,
masa ne aku tak dapat turut serta sebab aku selsema teruk sangat, 2 hari aku mc....
nasib baik aku tak masuk hospital... dr perdana nak anto aku hospital heheheh dr tu lawak je.....


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

petua tradisional

Mengubat Penyakit dan Memudahcara kelancaran kerja rumah

Dalam kehidupan seharian petua petua tradisi memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah selain untuk mengubat pelbagai penyakit secara tradisional....Berikut antara beberapa petua melayu yang diamalkan oleh datuk dan nenek kita dizaman silam .............

Atasi Senggugut - Setiap kali datang bulan, ada wanita yang mengalami masalah senggugut. Untuk mengatasinya, ambil tiga ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tadi dan gaulkan dengan air panas. Kemudian minum setiap hari (waktu malam). InsyaAllah senggugut akan hilang.


Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.


Cegah Ulat - Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau ubatan ramu pada pokok yang bermasalah ulat. Tumbuk bawang putih tiga atau empat ulas dan campurkan air sabun secamca besar. Kemudian campur minyak masak secamca. Semburkan campuran ini pada pokok. Selamat mencuba


Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.


Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.


Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.


Gatal pada kulit - Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba.


Hilangkan Daki dan Bau Badan - Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.


Hilangkan Parut - Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.


Hilangkan Lenguh-Lenguh Badan - Jika anda terasa lenguh-lenguh badan, mandilah dengan air sebiji kelapa yang dicampur dengan air sejuk. Lakukan ketika tengah hari. Buat cara ini sehingga seminggu, anda akan dapati badan anda beransur segar.
kelapa aku lebih suka minum air dia .. hehehehe


Hilangkan Nafas Berbau - Nafas berbau amat memalukan, bagi mengatasi masalah ini anda boleh mencuba petua ini yang dapat mengatasi masalah dengan cara mengamalkan minum air rebusan halia. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya.


Menghilangkan Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.


Menghilangkan Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
biasa nya aku balik terus mandi .. rupanya ada petua jugak .... hehheheeh


Membuang Lemak Badan - Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.
dah bertambah lemak aku ne .bole lah aku cuba ..

Melangsingkan Tubuh - Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.
wah... aku nak kuruslah .. hubby i kurus bole kan?


Kulit Muka Kembali Bermaya - Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan secamca besar madu. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Pakai seperti pupur. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit tegang, lembap,lembut segar serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan memiliki kulit wajah cantik bermaya.
bole cuba ne... mudah2han aku bertambah awet muda.. hehehehe


Mewangikan Rambut - Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Sapukan ke kepala pada sebelah petang sebelum dicuci sebelum tidur boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.
nampaknya tak jadilah nak gunting rambut ne.. huhuhuhuu


Mengurang Bau Petai - Best kalau makan petai untuk dibuat ulam...tapi baunya sapa yg tak tahan...jadi sini ada petua hendak hilangkan bau petai....Rendam buah petai terlebih dahulu dlm air basuhan beras..biarkan selama setengah jam sebelum dihidangkan atau dimasak.Senangkan?? Selamat mencuba
opsss petai aku tak makan sebab tak suka lah dah byk kali aku cuba namun tak bole masuk lah tapi aku suka makan kulit dia je....


Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria - Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan
sebab pahit lah aku tak makan2 buah peria ne ,, pas ne aku mesti cuba makan mesti ada nikmatnya.. hhuhuhuhuhuhuh....



Sakit Gigi - Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang

bagus utk hubby aku ne ,, hehehehe

Sembuhkan Kencing Manis - Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari tangan, kemudian hendaklah dibasuh sehingga bersih. Selepas itu dicampurkan dengan sebotol air mineral direbus sehingga mendidih. Amalkan minum tiga kali sehari. InsyaAllah ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis yang anda alami selama ini.


Sembuhkan Bengkak Hati - Bagi mereka yang mengalami masalah bengkak hati dan paru-paru berair ambil secekak akar tebu hitam. Rebus menggunakan sukatan sebotol air mineral yang besar. Minum dua kali sehari.



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, Jun 08, 2009

cerita lama....





salam,
semalam 7/6/2009 hari ahad kan hari cuti , so pagi hubby dah kuar pergi lumba lari kat taman scientex.. ada hari kemas.. lebih kurang gitulah....
so sementara nak tunggu puteri aku bangun aku pun moplah rumah aku .. dan siap semua aku pun mandi siap2 lah nak jumpa hubby aku, tengok puteri aku dah bangun kami siap sama2lah... dah tu jalan kaki gi padang sampai2 puteri aku nak main kat taman aku ckp kat dia kita cari abah dulu ya,,, dia ckp ok... tengah dok cari2 aku nampaklah kanak2 yg sedang bertanding mewarna dok layan kat situ puteri aku dah bosan .. dia ckp kata nak cari abah... mananye!!!!!
ok jom cari tengah cari jumpalah abah dia yg kacak tu .. pakai baju T warna oren dan seluar warna putih .. aku tunjuk kat puteri aku tu abah ,,,, apa lagi dia pun kejar nasib baik abah dia tak jln... klu tak payah jugak org ramai mana nye aku nak lari ....
aku tanya hubby kecintaan ku abah dapat no berapa? dng hampa dia jawap no 11
aku tersenyum tak apalah sekurang2 nya abah cuba kan.. tahniah sayang ....
bila Dato khalid nordin dah rasmikan hari kemas tu ..

aku dok tengok2 persembahan satu demi satu tiba mata aku terpandang seseorang yg aku kenal sangat kenal..... pas tu aku ckp kat hubby aku abah kenal tak siapa tu....
hubby aku ckp kenal tu anak dia baju hijau.... org rumah dia pakai tudung kuning... aku tersenyum abah dulu kini abah tak berubah tak pernah rasa cemburu i like u.... and i love you ....
bila persembahan dah habis aku pun mula mengorak langkah dari satu gerai ke satu gerai ka situ aku bertembung mata dng AMIR kencang jantung aku....
aku tarik tangan hubby aku aku ckp amir dah nampak kita hubby aku ckp jom jumpa dia ...
salam perkenalan aku hulurkan kat wife dia, wife dia macam tak suka kat aku je.. tapi aku masih selamba.. aku tanya amir 1 je ker.. amir ckp cukuplah buat masa skg ne...
bila dia tengok anak aku dia tanya satu jugak ker? tak lah aku jawab dah 2, aku rasa kurang selesa aku mintak diri senyum dan salam wife dia sekali lagi, aku sempat tengok muka amir sekali lagi ada tanda kesal di wajahnya....

Amir tiada apa yg perlu di kesali... semua ini telah di tentukan oleh yg Maha Agong
kita hambanya harus tabah dan sabar..ya....
terima kasih kerana pernah jadi kawan chem.....chem akan selalu doakan yg terbaik buat amir sekeluarga...




"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Jumaat, Jun 05, 2009

Wanita Arab Paling Berpengaruh.

TENAGA, pengaruh, kejayaan, inspirasi... sebut apa saja, mereka memilikinya. Seperti tahun lalu, laman web perdagangan utama dunia Arab, Arabianbusiness.com baru-baru ini mengeluarkan senarai Kuasa Perdagangan Arab yang menyenaraikan 100 warga Arab paling berpengaruh.

Di tempat teratas senarai itu untuk tahun kelima berturut-turut ialah putera Arab Saudi, Alwaleed. Seperti sebelum ini, dia bukan saja lelaki Arab paling kaya, tetapi juga paling berpengaruh. Di tempat ke-100 pula ialah kartunis, Mohammed Harib.

Dan di antara mereka ialah individu yang terbabit dalam pelbagai bidang — media, fesyen, sukan, sains, akademik dan aktvis kebajikan, termasuk 13 wanita.

Berikut ialah 10 daripada wanita berkenaan yang disenaraikan sebagai Wanita Arab Paling Berpengaruh.





1. Dr Fawzieh Al Dorai



Negara Kediaman/Kerakyatan: Kuwait
Industri: Media dan Pemasaran


FAWZIEH dianggap sebagai Oprah Winfrey Asia Barat, tetapi dengan kelayakan lebih baik. Dia adalah wajah antara rancangan sembang paling popular di rantau itu.

Ahli psikologi dengan latar belakang pendidikan seks, Fawzieh mengacarakan rancangan sembang di televisyen Kuwait, ‘Seerat El Hob’ (Kisah Cinta). Rancangan telefon waktu perdana itu menangani isu hubungan kehidupan sebenar.

Dengan cogan kata ‘masalah yang tidak didedah tidak akan diselesaikan’, Fawzieh disanjung kerana membicarakan topik yang selama ini tidak pernah dibincangkan secara terbuka, membahaskan isu berkait dengan cinta dan perkahwinan.

Di rantau yang terkenal kerana fahaman konservatif, sifat terus terangnya menjadikan dia diminati di seluruh dunia Arab, sekali gus mewajarkan dia di tempat teratas senarai wanita Arab paling berpengaruh.

Fawzieh juga adalah pengarang 14 buku dan sering menyumbang rencana kepada media tempatan.






2. Lubna Olayan




Negara Kediaman/Kerakyatan: Arab Saudi

Industrti: Perbankan dan Kewangan

Syarikat: Kumpulan Olayan



SEORANG daripada ahli perniagaan wanita Arab paling berpengaruh. Tahun lalu dia menduduki tempat ke-12 senarai itu.

Sebagai CEO Kumpulan Kewangan Olayan, antara syarikat kewangan terbesar Arab Saudi, dia menyerlahkan dirinya sebagai pemimpin dan pejuang amalan perniagaan progresif.

Lubna menjadi anggota lembaga pengarah Bank Hollandi Saudi pada 2004, menjadikannya wanita pertama menduduki kerusi lembaga pengarah sebuah syarikat Saudi yang tersenarai di pasaran saham.

Syarikat Kewangan Olayan adalah kumpulan pelaburan, pengedaran dan pembuatan dengan memiliki lebih 40 anak syarikat. Di bawah penguasaan Lubna, kumpulan itu berjaya mendapatkan francais produk seperti Colgate Palmolive, Burger King, Nestle dan Coca-Cola.

Ia juga mengadakan usaha sama dengan beberapa rakan antarabangsa seperti BP Solar, Credit Suisse dan JP Morgan, sekali gus menjadikan syarikat berkenaan pelabur terbesar di pasaran saham Saudi dan dunia Arab.

Lubna juga terkenal kerana memperjuangkan hak asasi wanita. Pada Forum Ekonomi Jeddah pada 2004, dia menjadi wanita pertama berucap di persidangan yang dihadiri peserta wanita dan lelaki di Arab Saudi. Ucapannya mirip ucapan Martin Luther King, ‘I have a dream’.




3. Solaf Fawakherji



Negara Kediaman/Kerakyatan: Syria
Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan



BINTANG filem Syria, Solaf Fawakherji berlakon dalam lebih 20 siri televisyen dan beberapa filem cereka apabila dia beralih ke dunia perfileman menerusi ‘Halim’, filem yang mendapat sambutan hangat pada 2006.

Hari ini dia menjadi antara aktres Arab paling diminati. Kejelitaannya menyebabkan dia sering dibandingkan dengan diva Hollywood, Elizabeth Taylor.

Selain cantik, Solaf berkelulusan tinggi. Dia menamatkan pengajiannya di Institut Seni Halus Adham Ismail. Bakat lakonannya membolehkan dia memenangi beberapa hadian perfileman Syria.

Solaf yang tiada masalah menukar loghat Arab Syria kepada loghat Mesir dalam sekelip mata berkata, kualiti skrip filem dan bukan lokasi penggambaran yang menentukan dia menerima tawaran berlakon.

“Filem Mesir adalah paling popular di dunia Arab. Namun kriteria yang akan menjadi pilihan saya ialah skrip yang ditulis dengan baik,” katanya.






4.Sheikha Mozah Bint Nasser Al-Missned



Negara Kediaman/Kerakyatan: Qatar

Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan

Syarikat: Yayasan Qatar



ISTERI Emir Qatar, Sheikha Mozah adalah tenaga penting dalam bidangnya sendiri. Dia mengukuhkan pengaruhnya tanpa mengenal erti penat bagi mempromosi kepentingan kebajikan, termasuk peranannya sebagai Pengerusi Yayasan Pelajaran, Sains dan Pembangunan Kemasyarakatan Qatar.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, menerusi kepemimpinan Sheikha Mozah, yayasan itu menubuhkan Bandar Raya Pelajaran yang menempatkan cawangan universiti antarabangsa mengendalikan kursus ijazah.

Tugas lain Sheikha Mozah ialah mempengerusikan projek Pusat Perubatan dan Penyelidikan Sidra bernilai RM289 bilion bagi meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara itu.

Di peringkat antarabangsa, Sheikha Mozah ialah duta khas Unesco untuk pendidikan asas dan tinggi. Peranan itu termasuk mempromosi projek antarabangsa bagi meningkatkan pelajaran di seluruh dunia.

Pada 2003, dia menubuhkan Dana Bagi Pendidikan Tinggi di Iraq yang memfokus kepada pembinaan semula institut pelajaran tinggi di negara itu.

Dua tahun kemudian, Sheikha Mozah dilantik menjadi anggota Pakatan Peradaban PBB oleh setiausaha agung badan dunia itu ketika itu, Kofi Annan.


5. Asma Al Assad



Negara Kediaman/Kerakyatan: Syria

Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan



WANITA pertama Syria ini meninggalkan karier dalam perbankan untuk memberi tumpuan sepenuh masa terhadap kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Sejak berkahwin dengan Presiden Bashar Al Assad pada Disember 2000, Asma menjadi tokoh yang sentiasa dilihat di majlis negara, diplomatik dan kebajikan.

Dia menggunakan pengaruhnya untuk menyokong pembangunan ekonomi dan meningkatkan kehidupan rakyat Syria.

Pada 2001, dia melancarkan Yayasan Untuk Pembangunan Desa Bersepadu, pertubuhan pembangunan bukan kerajaan pertama di negara itu.

Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaiannya, ibu tiga anak itu diberi Anugerah Wanita Pertama Arab daripada Pusat Kajian Sumbangan Wanita Arab yang berpusat di Qatar.

Asma dilahirkan di London dan menamatkan pengajiannya di King’s College pada 1996 sebelum bekerja sebagai penganalisis dengan Deutsche Morgan Grenfell dan di bahagian pelaburan perbankan J P Morgan.




6. Nahed Taher




Negara Kediaman/Kerakyatan: Arab Saudi

Industri: Perbankan dan Kewangan

Syarikat: Bank Pelaburan Gulf One



TOKOH dalam sektor kewangan serantau, Nahed antara wanita Arab yang berjaya menduduki tempat teratas syarikat korporat.

Dia antara empat wanita Arab yang pernah disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai wanita paling berpengaruh di dunia. Reputasinya menjangkau jauh dari negaranya sendiri.

Dengan belajar di Universiti Raja Abdulaziz di Jeddah, Nahed mengukuhkan minatnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan menyambung pengajian di Sekolah Pentadbiran Universiti Lancaster di Britain.

Dia memperoleh ijazah sarjana dan seterusnya ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi pada 2001.

Selepas menamatkan pelajaran, dia dilantik menjadi perancang kanan ekonomi Bank Perdagangan Nasional di Arab Saudi selama tiga tahun. Antara lebih 4,000 pekerja, dia satu-satunya kakitangan wanita.

Menjelang penghujung 2005, Nahed mengasaskan Bank Pelaburan Gulf One, menjadikannya wanita pertama memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat kewangan di dunia Arab.

Dalam menjalankan tugasnya, Nahed bertanggungjawab terhadap transaksi seperti pelancaran dana ekuiti swasta berjumlah RM35 bilion hingga dia digelar ‘Ros Padang Pasir’.




7. Hend Al Mansourr

Negara Kediaman/Kerakyatan: Amerika Syarikat/Arab Saudi

Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan



ARTIS, Hend Al Mansourr adalah muka baru dalam Senarai Wanita Arab Paling Berpengaruh.

Walaupun menetap di Amerika Syarikat, dia tidak banyak melencong dari asal usul keturunannya dengan kebanyakan hasil tangannya tertumpu pada wanita di dunia Islam.

Kebanyakan hasil lukisannya berbentuk kaligrafi, hiasan dan seni bina Islam, dengan mengguna inai dan fabrik berwarna warni untuk menonjolkan sistem keagamaan dan kepercayaan sosial.

Dengan menggunakan lembaran besar sutera, kain kapas atau kanvas, Hend menghasilkan bentuk rumah ibadah, khemah atau masjid yang membolehkan pengunjung berjalan menerusinya.

Dalam setiap karyanya, ada laluan berarca, kubah, pasir, kerusi, permaidani, mangkuk, skulptur geometri dan bau-bauan yang menggambarkan budaya wanita.

Hasil kerjanya pernah dipamerkan di Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Dilahirkan di Hofuf, timur Saudi pada 1956, Hend mengambil jurusan perubatan di Universiti Kaherah. Dia berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi sehingga 1997 sebelum berhijrah ke Minnesota, Amerika Styarikat bersama suaminya, profesor kajian agama dan juga penulis.




8. Fairouz

Negara Kediaman/Kerakyatan: Lubnan

Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan



DIKENALI sebagai Duta Arab, Fairouz masih dianggap sebagai yang terbaik dalam dunia muzik Arab.

Dilahirkan di kawasan pergunungan Cedar di Lubnan pada 1935, dia membesar dalam keluarga ortodoks yang tinggal dalam rumah tanpa bilik — rumah tradisi Lubnan — dan berkongsi dapur dengan jiran.

Fairouz belajar di Beirut dan memulakan karier muziknya sebagai penyanyi latar di stesen radio Lubnan.

Pada 1950-an, kariernya sebagai penyanyi melonjak dan lagunya menjadi lebih popular, sekali gus meningkatkan statusnya secara dramatik.

Dia sekarang dikagumi di dunia Arab dan sering menjadi tetamu keluarga di raja, presiden dan orang kenamaan lain.

Walaupun tidak pernah menyanyi di Baitulmaqdis, kunci bandar suci itu yang dihadiahkan ketika dia melawat bandar berkenaan bersama bapanya menjadi hadiah paling disayanginya.




9. Dr Amina Al Rostamani





Negara Kediaman/Kerakyatan: Emiriyah Arab Bersatu

Industri: Perbankan dan Kewangan



DR Amina Al Rustamani adalah nama biasa dalam dunia perdagangan import eksport. Dia adalah Ketua Pegawai Eksekutif TECOM, syarikat milik kerajaan yang mengawasi beberapa jumlah zon perdagangan bebas.

Ketika menjadi Pengarah Penyiaran Bandar Media Dubai, Amina menyumbang kepada rekacipta dan pelaksanaan penyiaran televisyen satelit dan pengekodan video untuk penyiar di bandar berkenaan dan beberapa kawasan lain di rantau itu.

Di peringkat kebangsaan, Amina adalah anggota Majlis Media Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu yang ditubuhkan pada Jun 2006.




10. Nancy Ajram

Negara Kediaman/Kerakyatan: Lubnan

Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan



REPUTASI Nancy sebagai penyanyi wanita Arab paling berjaya diperkukuhkan November lalu apabila dia menaiki pentas untuk menerima Anugerah Muzik Dunia bagi artis Arab dengan penjualan album terbanyak.

Dengan lebih 30 juta album dijual, Nancy antara penyanyi paling kaya di Lubnan. Dia mula muncul dalam dunia muzik apabila memenangi pertunjukan hiburan kebangsaan, ‘Noujoum Al-Moustakbal’ (Bintang Masa Depan) selepas dua albumnya gagal.

Album ketiganya, ‘Ya Salam’ yang diterbitkan pada 2003 dan turut mengandungi lagu ‘Akhasmak Ah’ (Saya Mencemuh Kamu) mendapat sambutan hangat.

Kejayaannya sebagai penyanyi membuka jalan untuk Nancy menandatangani beberapa perjanjian dengan syarikat iklan dan yang paling lumayan dengan Coca-Cola dan syarikat barang kemas mewah, Damas.



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Selasa, Jun 02, 2009

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,sela-
gi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best