Khamis, November 26, 2009

pengalaman lahirkan ezzah.


salam semua

sebelum ne chem pernah cerita cam mana nak kuar hakimi kini nak cerita pulak pengalaman nak kuar kan ezzah pulak. doc bagi due date utk 2nd baby 17/11/2006, tapi baby chem tak kuar jugak sakit tu memang ada tapi kat tang peha je.. so chem tak gi hospital sebab dulu duduk hospital asik kena ke sana sini je bosan ... so kali ne nekad duduk rumah je, cukup seminggu doc suruh gi GH apa lagi ikut lah ckp doc sebab doc tahu kita ne tak belajar bahagia doc ne kan
sampai GH duduk kat ruangan menunggu tu lebih kurang 2 jam baru nama chem di panggil nurse tu tanya napa datang ckp doc suruh sebab dah over due... ok nurse suruh masuk dlm samapi dlm jumpa doc .. doc tu tanay macam lah .last kul 04.00 baru dia suruh baring nak check
lepas check dia tanya tak sakit ker kak? dng ikhlas chem jawab tak? byk kali doc tanya pa stu chem ckp doc klu ada apa2 beritahu jng buat saya risau...
tak kak dah bukak 5 cm ne tu yg pelik bila akak ckp tak sakit. ,
so bila baby saya bole kuar ne doc ....
sabar kak nanti saya pecah air nye ya...
kul 04.30 air ketuban di pecahkan tak sakit pun,
so chem tanya doc bila nak sakit ne doc ...
jap dlm kul 06.00 ~ 06.30 baby akak akan kuar ,, heheheheh sabar ya kak,
chem pun di tolak ke bilik bersalin jam 06.00 chem dah rasa sakit tapi tak kuat,
en hubby yg dari tadi di sebelan tanya sakit tak? chem jawab tak
klu gitu abah nak makan sekejap bole ,, abah sebelum tu panggil nurse umi rasa macam nak tut...
je .. en hubby pun panggil nurse , nurse datang tanya nak tut.. ker atau baby nak kuar kak ...
saya rasa nak tut... cepat lah dah tak tahan ne .. ok nurse pun siapkan ...
aku lepaskan hajat tadi ... lepas siap semua nurse bersihkan .. siap je chem ckp nak tut.. lagi nurse tanya sekali lagi chem kp sama macam tadi ,, tak rasa lain pun...
tapi bila nurse dah letak je chem terus jerit panggil nurse tadi sebab rasa baby nak kuar , nurse pun panggil bidan, bidan utk sambut baby chem ... senang sangat baby kuar...
bidan tu tak sempat nak pakai sarung tangan sebab kepala baby dah kuar..bidan tu pun buat keja dia kuar tepuni pulak bila dah selesai kuarkan semua, belum sempat tunjuk chem dah duduk nak tengok baby chem, chem jerit Allhamdulilah amin... bidan tu terkejut dan suruh chem baring semula sebab belum jahit lagi ,
masa tengah jahit bidan tu tanya napa akak jerit tadi, sebab dapat anak perempuan tu , yang sulung lelaki ne dpat perempuan pulak tu yg gembira sangat ...
en hubby datang tak di beri masuk sebab bidan tengah wat keja... dia tanya nurse dapat anak apa ?
nurse tu pulak suruh en hubby sabar ... hahahahah kat sini en hubby dah tak sabar tapi dia tunggu kat luar sebab chem dah bersalin so kira dia lambat. dia hantar info kat family chem chem yg chem dah bersalin je , tapi jantina dia tak pasti lagi...
jahit kali ne sekejap sebab tak byk yg koyak... tu yg bidan tu ckp, chem kira hanya 2 kali je.
lepas siap jahir en hubby masuk tanya chem baby apa , chem ckp perempuan en hubby pun ckp Allah.. Allhamdulilah .. terima kasih umi ... dan singgah satu ciuman di dahi ku so sweet, masa ne dugaan chem doc tak ada nak check baby chem doc ada urgent job.. doc ganti datang kul 07.30 mlm so kuar dari wad tu lebih kurang kul 08.30 bayangkan tak selesa sangat duduk dlm bilik tu sebab seorg2 , dah siap sampai katil je en hubby suruh bersihkan diri sebab dia dah nak balik , en hubby teman sampai dlm bilik air siap tukarkan baju chem, macam lahirkan hakimi dulu byk kuar darah so mudah pengsan,, tu yg en hubby duduk dlm bilik air sampai siap, untung chem sebab dapat seorg suami yg bole bantu chem masa diri ini tak terdaya.. mlm tu en hubby ambil gambar baby utk tatapan semua family chem... sebab dah mlm dia org tak bole naik...
esok nye chem dah di benarkan balik. apa lagi suka lah sebab tak duduk lama.. heheheheh
sampai kat rumah semua org geram tengok anak chem sebab besar berat baby chem 3.61kg dah macam 3 bulan tapi chem rasa biasa je ,, bila org ckp besar .. chem senyum je ....



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Hal-Hal Wanita

*fiKiR-fiKiRkAnLah.... *

*Perasaan wanita sensitif. Dia juga sedar bahawa dia kaum yang lemah,
menyebabkan dia lebih mudah tersinggung bila lelaki yang dia kasihi tidak berada disebelahnya menyokong dan memberi semangat untuk meninggikan martabat dirinya. Dia akan marah bila lelaki yang diharapkan akan menyokongnya menyalahkan dirinya pula. Itulah bentuk jiwa wanita, yang mendambakan kebijaksanaan lelaki untuk memahami dirinya. Apa Yang Wanita Harapkan *

*1.Mahu diiktiraf dan dihormati tapi lelaki selalu buat dirinya terasa tidak diadili dan dibiarkan.*

*2.Mahu dihormati dan diingati tapi lelaki selalu buat dia rasa dilalaikan dan tidak dipentingkan.*

*3.Mahu lelaki faham mengapa dia marah dan yakinkan dirinya bahawa dia masih dicintai walaupun dia tidak sempurna tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat.*

*4.Mahu difahami dan dihormati tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak didengari dan ditekan.*

*5.Mahu lelaki ambil berat terhadap perasaannya dan hargai keperluannya untuk dapatkan maklumat tapi lelaki buat dia rasa tidak dihormati dan dihargai.*

*6.Mahu rasa yakin bahawa lelaki mendengar dan ambil berat tapi lelaki buat dia rasa tidak dipedulikan dan diadili pula.*

*7.Mahu dianggap betul dan difahami tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak disokong, tidak dicintai dan kecewa.*

*8.Mahu dihormati dan dinilaikan terutama semasa berkongsi perasaannya. Tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat dan dikawal.*

*JADI KEPADA PARA LELAKI DI LUAR SANA PAHAMILAH WANITA KERNA SESUNGGUHNYA TANPA WANITA ANDA KETANDUSAN....KETANDUSAN KASIH,SAYANG DAN BELAIAN..WANITA,SERIKANDI TERHEBAT UNTUK PAHLAWAN SEJATI...PAHAMILAH......


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Raya.. raya

salam semua ,
Di kesempatan ne chem sekeluarga nak ucapkan selamat menyambut hari raya haji,
utk semua selamat menjalani ibadat korban.
maaf kan segala kesalahan dan kesilapan chem sekeluarga, mana yg baik datang dari Allah swt dan yg kurang tu datang dari chem sendiri,






"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"







Rabu, November 25, 2009

terpaksa di tunda ..

salam,
mula nak buat majlis kecil2 tetapi terpaksa di tunda kerana sebab2 yg tak dapat di elakkan
majlis apa? semperna hari lahir izzati yg ke-3 tahun. so semlm just potong kek 1/2 kg , izzati siap nanyai lagu
"hepi besday to you" kat sepuluhkali dia ulang2 , umi tegur pun dia tetap ckp "besday to you"
last suruh dia potong ,, Rosak kek tu,
abah marah ,
umi ckp kat abah "tak apa lah abah kita beri kepuasaan nanti masa org lain punya besday dia tak kacau"
mula nak ke KFC tapi sebab hakimi tak ada so mood nak gi KFC pun hilang ...
majlis hari jadi izzati akan disambut pada 28/11/2009 raya ke-2 , sambut sekali besday Haziqah dan abg mail , buat kat umah mak tampoi.

kepada semua geng2 , member2 blog yg sudi jemput datang ya

no 12, jln utama kg bukit alif , tampoi jb...





"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Isnin, November 23, 2009

SEMBILAN(9) WANITA YANG JADI PERHATIAN

*1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang. = yang ne chem pernah tanya kat en hubby masa tengah date dulu.. huhuhu chem tanya soalan ne "kita nak tanya bole tak?, napa awak suka kat kita"
en hubby senyum nak tahu dia ckp apa? "muka awak tenang dan ada kelembutan seorg ibu"
dng muka yg selamber chem ckp tenang macam air yg tak ada buaya dan lembut macam span basuh pinggan ker? huhuhu selambernye aku,,, tapi itu dulu skg ne dah ok





2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan.Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

chem akui skg ne walaupun dah dewasa tapi bila bersama en hubby aku masih lagi kanak2 mintak di manja dan di belai.. en hubby selalu cubit pipi ku ini sebab geram... bila chem tanya napa cubit en hubby ckp geramlah.. hahahahahah



3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

Dah semestinye kan, bila ada masalah chem akan cari masa yg sesuailah cthnye : time kul 09.00 masa solat dah selesai, makan pun dah , berita2 dah habis,, baru lah bole bukak cerita...

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Chem ne bukan jenis yg kaki bodek, so setiap kali selesai solat chem akan berdoa dan bersyukur kerana Allah swt temukan chem dng en hubby, kenapa rahsianye hanya Allah saja yg tahu ..kadang2 tu puji dia jugak tapi setiap kali chem puji dia akan ketawa,, kenapa kata nye kat luar sana masih ramai lagi yg jauh baik dari abah,,,

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih,kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

Pernah Sekali je chem uji en hubby , nak gi kedai tapi chem tak pakai tudung... nak tahu en hubby ckp apa ? chem awak duduk umah je biar saya gi beli apa yg awak nak ok... ohhhh cepat2 chem tukar baju dan pakai tudung.. heheheheh sejak dari hari tu tahulah chem en hubby tak suka bila aku buka tudung..


6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya.Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

Sayang en hubby bukan lah seorg yg suka bercerita hal2 lelaki sebalik nye dia suka bercerita tentang masa depan.. huhuhu tang tu chem selalu bagi espon yg baik sama klu en hubby ada masalah keja.. dlm keta je en hubby dah cerita walaupun penat chem layan jugak,chem tak mahu en hubby rasa dia tak di layan...


7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Huhuhu masa baru kenal family en hubby chem ne agak pendiam.. malu tahu tak? bukan sombong, mana tak nye chem kenal en hubby tak lama dah tunang dan genap 6 bulan kami nikah tak samapi setahun pun kawan .. dah jadi suami isteri.. gi umah mak mertua sekali je tu pun tak kenal sedara - mara tahu2 hari sanding semua sedara nak jumpa tersipul malu chem ..


8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang
wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

chem akan hormat diri sendiri sebelum chem hormatkan org lain..


9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg
susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.*

ne tak nak ckp byk nanti ada org ckp chem masuk bakul angkat sendiri ... Subahanaallah jauhkan...







"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Kenangan apa akan tercipta utk ESOK.....

salam semua,
Esok bermulalah satu lembaran baru dlm seseorang yg amat chem sayangi, cintai, kasih,rindui, hargai, dan saat menanti kehadiran satu yg tak pasti penuh dengan tanda tanya kenapa? macam mana? boleh ke? bila ke? tetapi setelah hadirnye dia dlm hidup chem, kehidupan ne lebih bermakna dan lebih ceria dari sebelumnye...
kau selalu dekat dengan ku.....




"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Jumaat, November 20, 2009

contest aksi si comel

Contest aksi si comel
CONTEST NI ADALAH ANJURAN : http://tintacomellote.blogspot.com/
Sponsor nye :

Comel Lote Collections
Muslimah Online Shop

Puteri ku : Izzati Ezzah Khairina
Usia nye : 2 tahun 11 bulan
aksi yg sedang dilalukan , aski seorg model muslimah / seorg ustazah ... siap pakai baju tu je dia ckp nak jadi ustazah /cikgu .. heheheh maybe selalu duduk dng makcik seorg ustazah.
nanti dah besar kita nak pakai baju macam ne ada tudung , kita comel kan umi.. "umi adik cantik tak" bab berangan ne bagi jelah kat puteri chem ne ... dia suka .. heheheheh
Cadangan untuk Comel Lote Collections & Muslimah Online Shop:

1) Tambahkan lagi contest sambil memperkenalkan product2
2) Buatkan costumer kad untuk collect point.
3 ) Buat cabutan bertuah cth: Utk baby yg sertai contest. Dimana Besday dia org pilih seorg dlm sebulan .(bole faham tak ayat chem ne)


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B

"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B

Alhamdulillah di kesempatan ini masih ada peluang ini chem nak masuk Contest Seindah Butterfly ini. Contest ini dianjurkan oleh Cik Puan Ibu RaMa2 dan hadiah di taja oleh pihak CuDa Disebabkan Chem ni ada 2 cahayamata yg comel2 lote dan kiut miut , ikutkan umi nye nak interprem tapi uminye dah terlebih kiut muit tak sesuaia nak masuk lah huhuhuhuhuuh, so umi masukkan 2 cahayamata umi hahahahah ...


Putera sulung ku : Izzul Hakimi bin Khairi
Umur : 4 tahun 8 bulan

Puteri sulungku : Izzati Ezzah Khairina bin Khairi

Umur : 2 tahun 11 bulan

Andai kata rezeki ini berpihak kepada 2 cahayamata ku , umi nak baju Doremon lah , sepasang utk Izzul sepasang utk Izzati , biar nampak sedondon cantikkan.... kenapa umi nak sedondon sebab ramai yg ckp anak chem macam kembar , sebenarnye bukan izzul di lahirkan pada awal 2005 dan izzati dilahirkan pada akhir 2006, tu yg nampak macam sebaya.. kedua2 cahayamata ku ni sangat2 suka makan buah2 dan minum susu ..




"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Rabu, November 18, 2009

Debaran SPM & STPM





salam semua,
ari ne bermula SPM dan STPM serentak, buat adik2 yg menduduki SPM & STPM buat lah yg terbaik demi masa depan. buat adik2 yg kat pantai timur, utara dan kawasan dilanda banjir bersabar mudah2han semua berjalan dng baik, Buat guru2 yg bertugas teruskan usaha murni anda semua.

semlm aku tak lena dek fikir kan adek aku yg bongsu (Muhammad Isqak bin Hj Ibrahim)akan duduk peperiksaan SPM tahun ne, macam lah lah agaknye adik aku jawap besar harapan kami agar dia dapat buat yg terbaik,,,
dan aku percaya mak mesti puasa ari ne sebab anak nye sedang memduduki peperiksaan, mak selalu berkorban dulu kami pun mak buat benda yg sama.. terima kasih mak ...
entahlah hati aku tak senang ne .. macam nak balik je tengok adik aku jawab soalan tu ...pulak ari pertama ne Bahasa melayu dan sejarah.. harap sanagt ishaq bole buat.
Adek buat yg terbaik ya..


semlm lupa nak call adik aku din ari pertama dia bekerja dng gov macam mana lah rasa nye .... din selamat maju jaya ... semoga usaha ko berjaya amin.....


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"





Isnin, November 16, 2009

Kepulangan mu di nanti ..


salam semua..
huhuhuuhuh mesti semua tertanya kepulangan siapalah chem nanti2 kan ya...
sebenarnya kepulangan mama anuh. nenek saudara chem , semlm mama dan anak lelaki dia Ali telah berangkat ke tanah suci, Rezeki dia setahu chem dia cuma dapat surat utk menunggu dan bersedia saja tapi dah hujung ne dapat call dari tabung haji suruh bertolak 15.11.2009 penerbangan 07.00 pagi dari senai ke mekah. nampak gembira sungguh muka mama. selama chem kenal dia belum pernah chem tengok dia gembira, mak dan bapak pun nampak happy ,sangat macam2 lah mak pesan jng takutlah, tak payah bawak baju byk2lah hee macam2 lagi ..ialah mak dng bapak pun pernah kesana.jadi pengalaman tu dia kongsi bersama.

masa nak utk kami pun dah sampai so bapak tarik Ali dng suara yg perlahan bapak pesan " Ali kat sana byk dugaan sabar lah byk2 lagi2 ko gi bawak mak, sabar lah byk2 ya"
Chem dng ali ne jarang berbual, sebab jarang jumpa kot...
tak ada foto sebab kamera chem masih kat kedai utk service





"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Isnin, November 09, 2009

tak di duga

salam,
last week 06/11/2009 dapat berita aiman (sepupu chem) masuk hospital icu ..apalagi bergegas balik umah mak , sebab umah mak dekat dng HBSAJB,(Hospital Besar sultanah Aminah Johor Bahru)samapi umah mak lebih kurang kul 0930 mlm sebab jln jem.oklah en hubby ckp klu umi nak gi esok ikut lah sesiapa yg naik.
esoknye makcik chem nak gi melawat aiman , so apa lagi tumpanglah, sampai tengok aiman macam dah ok sikit, mak dia ckp petang dah bole gi wad biasa. sedih tengok makcik aku ne macam2 dugaan dia , anak sulung kena kanser, anak bungsu semput
balik dari tu en hubby pulak kena keracunan makanan, muntah2 dan cirit birit pulak
bekejar aku balik pasir gudang, samapi pasri gudang tengok en hubby dah ok sikit , kak norli kena demam campak aduhai,,, balik semua rumah mak mintak tolong makcik aku yg tua jaga kan anak2 aku sebab kak norli sakit ... berat kepala aku ari isnin pulak aku kena demam , lepak sampai tak bole nak tengok komputer ne .. heheheheh

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Selasa, November 03, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

Salam Semua ... saya pula ada gambar Izzati berbaju biru, maka izinkanlah Chem supaya dapat memasuki contest ini.
Puan Eliza kita yang membuat contest ini akan meraikan anniversary mereka menjelang 17 November ini maka bersempena itulah, maka contest ini akan diadakan. Di sini Chem ingin sekali mengucapkan Selamat Ulangtahun Ke 5 perkahwinan Puan Eliza kita .
semoga mahliga yg dibina kekal hingga ke taman syurga ..Amin...



inilah dia puteriku Izzati Ezzah Kharina Binit Khairi ,Usiannya kini 2 tahun 11 bulan


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"



Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best