Selasa, Mei 24, 2011

Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah

sedih sangat masa dpt tahu berita ne..

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

HULU LANGAT, 22 Mei — “Saya tidak mahu cakap apa-apa... anak-anak saya baru sahaja pergi (meninggal dunia).”

Itulah ayat yang mampu dikatakan oleh Yang Dipertua Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Batu 14 dekat ini berhubung tragedi tanah runtuh yang mengejutkan seluruh negara, semalam.

Justeru kata Idris Musa, beliau memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum memberikan sebarang kenyataan media.

“Tolonglah... tolonglah... berikan saya masa, saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi.

“Keadaan saya belum tenang lagi, saya perlu ambil sikit masa,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden yang menimpa rumah anak-anak yatim itu, menyebabkan kematian 16 orang manakala sembilan yang lain cedera.

Seramai tujuh mangsa yang terbunuh telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburun Islam Dusun Nanding di sini kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

Mereka ialah Dzahir Haziq M. Muin, 17; Mohd Hazim Sapri, Mohd Azrel Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 19; Mohd Mustakim Mamat, 12; Mohd Zaim Azahawi, 14, dan Mohd Imal Fahad, 9.

Sementara itu, seorang sukaralewan rumah anak-anak yatim tersebut, Roslan Osman, 69, berkata, ketika kejadian beliau tidak berada bersama kesemua mangsa kerana dalam perjalanan ke Muar atas urusan kerja.

Namun jelas Roslan, dalam perjalanannya beliau mengambil keputusan untuk patah balik kerana rasa tidak sedap hati.

“Ketika itu saya masih belum tahu kejadian itu sudah berlaku, tetapi dalam perjalanan balik saya dimaklumkan oleh kawan-kawan berlaku tanah runtuh di rumah itu.

“Saya berusaha mendapatkan bantuan kawan-kawan lain yang berada di kawasan berhampiran untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

Beliau dimaklumkan kejadian itu kira-kira pukul 2 petang sebelum tiba di kawasan itu pada pukul 5.30 petang.

Roslan juga berkata, ini adalah kejadian tanah runtuh pertama berlaku di kawasan itu dan menyifatkannya sebagai “sangat teruk.”

“Sebelum ini ada tanah-tanah jatuh bergolek ke kawasan ini tapi ia tidak apa-apa dan kami di sini buang semula tanah-tanah yang bertaburan.

“Tapi kali ini adalah kejadian yang sangat teruk, ia pertama kali berlaku di sini,” katanya yang sudah menjadi sukarelawan sejak 10 tahun lalu.

Beliau juga berkata, amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Saya amat terkejut, saya tidak menyangka kejadian ini akan berlaku di sini,” katanya.

Dalam kejadian itu, seramai 25 orang yang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus.

Laporan semalam menyebut ada 49 orang di lokasi kejadian.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi.

Sementara itu, ibu saudara Haziq, Zaiton Abdullah yang tiba dari Terengganu menangis teresak-esak apabila tiba di tanah perkuburan sambil berkata, “saya tidak sempat untuk jumpa dengan (Haziq).”

“Dia (Haziq) anak yang baik, kakak tidak sempat untuk jumpa.

“Kakak dah anggap dia macam anak sendiri, kakak jaga dia sejak dia kecil lagi,” katanya sambil ditenangkan ahli keluarga lain.

Zaiton berkata dia dimaklumkan kejadian yang menimpa Haziq malam tadi dan bergegas ke Kajang awal pagi tadi.

Ya Allah , kau tempatkanlah anak2 ini dlm syurga mu, hanya Kau Ya Allah yg tahu baki nye dan sebaliknye... Ya Allah kuatkan semangat Pewaris anak2 ini ... sesunggunya Dari Engkau kami datang dan kepada Mu kami kembali...


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Khamis, Mei 19, 2011

Selamat Hari Guru...


Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah
dulu masa chem sekolah .. klu dah dekat hari guru .. mintak mak belikan hadiah untuk cikgu chem ... nak tahu mak selalu suruh ambik brg perhiasan yg mak simpan dlm almari perhiasan mak .. huhuhu yg penting semua cantik2 .. ada sekali tu chem tak bg sebab chem sayang sangat kat perhiasan tu.. tp mak ckp bg aje cikgu tu...
dah semiggu berlalu baru chem bg tu pun bg kat cikgu yg paling chem sayang.. hahah lawak kan ... dah seminggu berlalu .. cikgu yg dpt hadiah tu pun terkejut sebab chem bg lambat ..
dan sanggat terharu bila cikgu bukak hadiah dan dia letak kat meja bilik guru .. sampai dia nak pindah... huhu hari2 chem akan cari idea nak masuk bilik guru semata2 nak tengok hadiah tu masih di situ atau dah tak ada .. heheheh

hari ini chem buat pulak untuk anak2 chem .. sungguh cepat masa itu berlalu













abah yg tolong bungkus hadiah utk cikgu....











cuba teka dlm tu apa ?????











buat cikgu Izzul & Izzati , umi beli hadiah yg sama supaya anak2 tak gaduh..

dan pg tu anak2 semangat nak bg cikgu dia hadiah .. apa pun chem selalu ingat kan anak2 chem jasa cikgu2 tu tak terbalas ... sebab dia kita pandai baca A~ Z, kenal semua huruf2 .... tahu menbaca.. dan kepada semua guru2 ku sekali lg " Selamat hari guru " jasa kalian tak dpt aku lupakan.....



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Selasa, Mei 17, 2011

Bowling Hydro-Tahun 2011






chem , kak ina
masa ne tengok sugan rakan sepasukan ..huhuhuhu









dok bergambar dulu dng jiran sebelah. hahahah








ne wajah2 juara bertahan .. huhuu tahniah en hubby




Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah

Sabtu (14 Mei 2011)..bertempat Angsana Bowling Pusat Bandar Pasir Gudang , chem dng en hubby ambil bahagia sekali lg en hubby dan geng2 jd juara dapat lah hadiah..

chem pulak kalah .. heheheh apa pun chem enjoy saja main bowling suka2 free pulak tu kan rugi klu tak main , so main je sampai puas.. sebelum balik tu singgah tesco .. abis kan hadiah heheh beli lah makanan ringan.. buat stock kat rumah, mlm tu penat ada mcm nak demam pulak .. sejuk nye .. mkn ubat, kul 10 mata ne chem layan sebab nak tengok tv 3 ... lepas tu terus tido sedar2 dah subuh... so minggu ne tak berjoging.. lah .. sebab penat ... apa pun enjoy ...


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, Mei 16, 2011

Kau Tetap Dalam Kenangan Kami Abg Latif....

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah

masa tak dapat chem lupakan.. mak pernah suarakan untuk ambil anak angkat anak lelaki . masa tu chem masih lg bersekolah ... chem tanya napa mak nak anak lg .. kita dah 6 org mak .. dah cukup ramai.. tapi lewat 2006 mak dpt ramai anak angkat ... perempuan dan lelaki Alhamdulilah semua sopan dan menghormati malah ada yang bimbing adik2 chem yang masih muda... syukur ...


semalam 15.05.2011

lepas sarapan pagi ... abg, adik lelaki dan bapak dudul bercerita pasal isu2 semasa, chem dan mak sedang sibuk buat kerja di dapur,

Bapak dapat call dari singapura anak angkat mak .. abg latif meninggal dunia. di dalam usia yang sangat muda abg lafit tinggalkan kami ...
org yang sangat baik,ingat semasa abg lafif datang rumah mak tahun lepas kami makan sama2 bergurau senda bersama, abg latif tak berkira dalam semua hal .. semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 beriman amin...
kenangan bersama abg lafif akan kami semat rapi di kolam hati ...
klu abg latif pulak tak makan ayam kampung ..
makan durian 3 biji RM90...berbaloi2
tido kat ruamh mak macam kami ini di besarkan sama2
tak pernah cakap sombong ...
selalu tolong mak dan bapak kat warong
selalu tolong mak sapu sampah..
bila nak balik kota singa.. abg latif tak pernah lupa hulur duit kat mak & bapak
semlm mak, abg mail, din, ichaq, dan kak shila gi melawat mak nampak sedih sangat...
mungkin mak bahagia sebab dpt anak angkat sebaik abg latif..

last abg latif datang rumah tahun lepas bulan 12, siap bawak famili abg latif.. mak mertua abg latif
senang hati bila tengok famili chem ...

Abg latif sunggupun kau jauh dari kami .. doa kami sentiasa bersamamu... semoga roh mu di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Rabu, Mei 11, 2011

besday En hubby .. ku

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah"

Salam Teristimewa Buat suamiku Tersayang...

Pertama kali ku dengar suara mu,
pertama kali ku dengar bisikan hati mu..
suara mu bergema di jiwa ku..
tidak ku kenali siapa diri mu..
tapi mengapa kau jua yang ku rindu..


kau pandai bermadah..
madah mu mencuit hati ku..
kau pandai bergurau..
gurauan mu, menjadi igauan ku..
desiran tawa mu..menambat hati ku..
oh.. alangkah indahnya rindu pada diri mu.

pertama kali ku bersua dgn mu..
hati ku berdegup bagaikan dipalu..ewah.. ewah... chem
jantung ku bergoncang bagaikan digempa.. dasyatnye chem
lirik mata mu.. panahan arjuna ku.. aduhiiii arjuna ku...
manis senyuman mu, bertakhta mahkota.
oh..indahnya jika selalu bersama mu..

deruan angin membawa kenangan..
kenangan yg lepas, tak akan berulang..
asam dan garam sudah suratan...
bibit-bibit kemanisan bersama mu..
terpaksa ku telan jua..
walaupun ku sedar diri ku siapa..!!?
chem seorang awek gemuk @ comel .. huhu



suatu ketika dulu sewaktu ..itu kau dan aku baru nak kenal erti CINTA....
Pertama kali memandang wajahmu….. aku dapat rasa ada suatu perjanjian antara kita. Walaupun waktu itu antara kita ada garis sempadan yang membezakan namun aku dapat rasakan sesuatu keanihan perasaan. Hati kecilku berbisik kau milikku.

Kau memandangku dari kejauhan dan aku merenungmu dalam diam. Aku tidak tahu apakah kuasa yang ada hinggakan aku begitu yakin pada perasaanku tika itu. Setiap kali aku kekeliruan dan dalam kebingungan kau akan muncul di pandangan, lantas memberikan ku kesegaran dalam jiwaku yang kekusutan.

Kehadirannmu seolah-olah memberiku suatu harapan. Aku tak tahu dari mana sumber kekuatan namun aku tahu ianya ada padamu sewaktu kau kupandang. Aku berkata pada hatiku sendiri, aku bersoal pada diriku sendiri, dan aku memujuk diriku sendiri untuk mencari kebenaran.dan terus mencari kebenaran sehingga kau jadi milik ku ...

Sesuatu yang tidak dirancang telah memberi kita salam pekenalan. Ayat pertama yang kau lafazkan padaku terpahat di hatiku sehingga kini dan selama nye . Aku sendiri tidak tahu bilakah aku melangari garis sempadan sehingga tanpa ku sedar hubungan yang sepatutnya terbatas sudah menjadi tidak terbatas oleh kawalan fikiran tanpa mempedulikan sehebat mana halangan dan rintangan yang kan mendatang. kita teruskan demi cinta kita dan Cinta-Nya ..

Kalbu kita dibaluti keasyikan, jiwa kita dicengkam kerinduan dan hati kita bersatu dalam seribu keindahan lantas memenjara kewarasan fikiran Kau warnai kehidupan ku. Aku mendambarkan dirimu di segenap ruang hidupku. Ku ukir namamu di lubuk hatiku yang paling dalam. Kau lukis wajahku di benak fikiran. bahagia aku rasa kan ... dunia ini ana yang punya,, huhuhu

Kau membimbingku dikala aku memerlukan pertolongan aku bersamamu didalam susah dan senang. Harta wang dan keudukan tidak menjadi garis ukuran untukku setia bersamamu. Paras rupa bukanlah satu pertaruhan untuk kau menyayagiku. Hadirmu menyeri senyumku hadirku menyinar hidupmu.

Kebahagianku pada senyumanmu dan sedihmu pada air mataku. Seandainya seharian dibebani kekusutan kerana cinta kau dan aku masih boleh tersenyum di dalam kesulitan dan seandainya terjadi perselisihan madu dimulut tak tertelan.Romantiknye kau dan aku ....

Hari demi hari wajahmu menunggu di hujung malam, bulan demi bulan janjimu aku dambarkan, tahun demi tahu cinta kita semakin mendalam dan mendalam.
kini kau dan aku telah miliki cinta tu ..kita terus semua kerana hanya kita milik kita, cinta kita , hati kita segala nye untuk kita sekeluarga... moga cinta kita di di restui oleh keluarga serta dirahmati di dunia dan akhirat ..amin


Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Makan besar...

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam bahagia semua..

hari 07/05 kat uamh mak wat kenduri dan khatam Al quran ramai2 seronoknye ... menu pulak potluck mak cuma masak lauk kari ayam. yam.. yam... sedap
adik dan kakak yg lain bawak roti jala , patarry, capatty , kuih2 dll.. lepas tu ada pulak yg sambut besday chem & En hubby, sepupu chem (amir) dan anak angkat mak ...tak cukup dng tu sambut sekali hari ibu utk semua ibu yang ada pada mlm tu ..
sebenarnya setiap hari kita ingat ibu ayah kita di tambah pulak dng doa untuk ibu & ayah nak tido pun kia selalu doakan ibu dan ayah kita kan ...setiap hari chem akan ingat mak dan bapak chem , mak mertua dan ayah mertua chem .. dah makan ke belum mereka, tgh wat apa lah mereka, tapi setahun sekali je kita potong kek dng mereka seperna hari tu ... masa tu chem akan tengok mak tersenyum w/pun kadang2 tu dia tak tunjuk kat semua anak2 dia ...
so buat semua ibu, kakak dan umi di luar sana....

" sElAmAt hArI iBu BuAt SeMuA....
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,akhlak yang terpuji,pekerti yang mulia,umur yang bermanafaat,rezeki yang halal,ilmu yang berguna,hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat ..amin"



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best