Rabu, Mac 23, 2011

Hari Qiamat



Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh &
Salam ukhuwwah

sama2 kita renungkan dimanakah kita nanti,
Ya Allah andai ini gambaran yang dasyat ,,
aku mohon Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kebaikan pada kami di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari siksa neraka."amin...



Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


  1. Sedekah/amal jariahnya.
  2. Doa anak²nya yang soleh.
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Selasa, Mac 22, 2011

wedding anniversary

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah
Tanggal 21.03.2011 genap 37 tahun usia perkahwinan mak dan bapak chem .....
tanggal 21.03.2011 genap 7 tahun majlis sambut menantu kery dan chem ...

segala kenangan indah akan ku simpul kemas dlm memori ingatan ku ...
Mak halalkanlah....Tiap titisan darah yang mengalir di segenap tubuhku...Tiap titisan susu yang kau hidangkan kepadaku disaat tiada makanan lagi untukku.sewatku kecil mak medodoikan sehingga aku terlena tinggalkan makannan untuk uruskan diri ku kadang2 mak terkena air kencing juga najis ku sunggu mulia pengorbanan mak kepada ku tanpa rasa penat dan sakit, bapak kerja siang ke malam untuk membesar kami semua .. dng pendapatan yang terseberapa besar semakin tua semakin kuat bekerja, Alhamdullilah kami dewasa dengan titis air peluh dan kasih sayang mak dan bapak pergorbanan kalian tiada tandingan ... chem mintak maaf sebab chem selalu curi2 tengok muka mak dan bapak bila malam sebab chem nak tengok sangat2 .. chem takut chem akan terus merindu macam chem rindu mama dan papa ... dan setiap kali terpandang wajah tua kalian air mata ku terus mengalir deras dan satu persatu memori kita bersama bermain di ingatan ...
suka , duka , ketawa dan airmata ....
Mak bapak ... kaulah satu-satunya insan yang memahami diriku..tempat aku meluahkan segala duka...tempatku mengadu segala berita..kaulah penghiburku disaatku kesedihan .... ...ku mohon restu darimu.Ya Allah atas segala pengorbanan mak dan bapak ku kau lindungi mereka , Kau Kasihanilah mereka ..sepertimana mereka telah melindungi ,mengasihaniku, mendidik ,mengasuh sewaktu kecil hingga hari ini ... Ya Allah rahmati lah kehidupan mak dan bapak ku di dunia dan akhirat amin....

lagu ini buat mak dan bapak ....walaupun lirik ne banyak pd mak..tp pada chem mak dan bapak sama tanpa mak atau bapak chem tak ada di dunia ini ..

ibu....
bergenang air mata ku
terbayang wajah mu yang redup sayu
tulusnya kasih yang kau hamparkan
bagai laut yang tak bertepian …
biar pun terbaik yang telah engkau rasa kan
tidak pun kau merasa jemu
mengasuh dan mendidik kami semua anak mu
dari kecil hingga dewasa

hidup mu....
kau korbankan
biar pun dirimu telah terkorban...
tak dapat ku balasi.....akan semua ini...
semoga tuhan memberkati kehidupan mu ibu …

ibu…
kau ampunilah dosa ku
andainya pernah mengiris hati mu...
restu mu..... yang amat aku harapkan …
kerana di situ letak syurga ku....
tabahnya……….. melayani kenakalan anak mu
mengajar ku erti kesabaran …

kau bagai..... pelita di kala aku kegelapan...
penyuluh jalan kehidupan …
kasih sayang mu sungguh bernilai..
itu.. lah harta...yang kau berikan...
ibu ...
dengarlah rintih hati ku...
untuk mu ibu

ibu…
kau ampunilah dosa ku
andainya pernah mengiris hati mu
restu mu..... yang amat aku harapkan …
kerana di situ letak syurga ku....
tabahnya……….. melayani kenakalan anak mu
mengajar ku erti kesabaran …

kau bagai..... pelita di kala aku kegelapan...
penyuluh jalan kehidupan …

kasih sayang mu sungguh bernilai..
itu.. lah harta...yang kau berikan...

ibu ...
dengarlah rintih hati ku...
untuk mu ibu.....

kasihanilah tuhan ….
ibu yang telah melahirkan diri ku
bagai kan kasih ibu .....
sewaktu kecil ku…
moga bahagia... ibu di dunia dan di akhirat sana …
moga bahagia... ibu di dunia dan di akhirat sana …


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, Mac 21, 2011

birthday party beloved son

baju dan skuter tu hadiah yg dpt

umi belikan kek dr golden over ... milik sepenuhnye islam



Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah
19.03.2005 tarikh yang tak dapat di lupakan oleh chem sampai bila2
16.03.2005 chem di masukkan ke hospital 16.03.2005~tanpa rasa sakit ,
17.03.2005 pun masih tak sakit bole ketawa2 tolong mak2 yg dah bersalin tengok baby yang dah lahir .. comel2 insan yang tiada dosa ...
18.03.2001 pun masih tak sakit siap ajak en hubby kuar jln2 kat danga bay dng pakai kain batik .. klu cantik for sure tak bole kuar wat kan so tak apalah selekeh sikit janji tak bosan duduk kat hospital ... balik tu kena marah dng nurse2 kat situ .. chem buat tak tahu dah salah kita kan .... hahaha pengalaman tu ... 18.03.2001 jam 01.00 masuk bilik bersalin chem kena denda ker????? jam 12.01 tarikh pun berubah 19.03.2005 hakimi di lahirkan ... dng tali pusat berbelit 3 pusingan ...

hari ini 19.03.2011 haqimi dah pun masuk 6 tahun ... cepat sungguh masa itu berlalu .. masih segar kenangan melahirkan haqimi ... jatuh pengsan , dll
anak ku haqimi andai kau dewasa ... "Gantung kan impian mu setinggi bintang di langit dan rendah hati mu serendah mutiara di lautan "
umi selalu terhibur dng terlatah anak2 umi ... ada yang nak pilot, doktor
semoga haqimi jd anak yang soleh di dunia dan akhirat,
semoga haqimi jd abang yang soleh di dunia dan akhirat,

secebis ingatan buat anak2 ku... .

Wahai anak-anakku, aku tidak pernah walau sedikit merasa hampa atau jauh sekali menyesal menjadi umi kalian. Menjadi umi kepada anak-anak yang hebat seperti kamu adalah saat yang paling indah dan membanggakan dalam hidupku. Dan jika aku mempunyai kuasa menentukannya, aku ingin hidup dengan lebih lama didunia ini dan dikurniakan kesihatan rohani dan jasmani. Kerana aku ingin melihat engkau membesar dan berdikari. Aku ingin menjadi rujukanmu saat engkau keliru, aku mahu menjadi pedomanmu saat engkau tersasar. Namun semua itu bukanlah daya kudrat hamba. Semuanya terletak didalam ketentuanNya. Entah aku sempat melihat kalian dewasa atau tidak. Namun aku memilih untuk bersangka baik dengan Allah itu. Apa saja yang Ia tentukan buat kita , itu adalah yang terbaik, kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Telah berpesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya,
Sepanjang hidupku. Aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

  1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
  2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
  3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
  4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai dan adabmu.
  5. Ingatilah kepada Allah s.w.t.
  6. Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
  7. Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu.
  8. Sentiasalah mengingati mati."

    "Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Khamis, Mac 17, 2011

Hadiah Family day 2011

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah..
bukan sekadar hepi je ,, balik bawak lg buah tangan rezeki2 Alhamdullilah amin,
so layan ne lah hadiah2 nye..











pembakar roti ...











kipas deka










belum kuar kotak lg










ne dah kuar kotak sebab yg lama dah rosak












hadiah main game2










ne pon hadiah opss yg 2 org anak aku ya..

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Rabu, Mac 16, 2011

Family day 2011

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah

Diserikan dng kehadiran anak2 yang comel2, hmmm family day yang paling meriah.... setelah beberapa tahun family day sepi ... kini aq rasa seronok sangat sebab tahun ne aq bersuka ria berserta dng anak2 .. hmm payah untuk aq luahkan.. klu biasanye dinner aq dan en hubby je yang joint kali ini satu family, anak2 aq ckp tempat kerja umi bestlah tak kurang juga di datang kan pulak dng MC yang sopan budi bahasa ,, huhuhu....ada unsur2 nasihat buat anak2...
di ada kan kat STARHILL GOLF & COUNTRY CLUB, PADA 13.03.2011, JAM 08.00 PG ~ 04.00 PTG
Hepi sangat2 bila balik anak2 aq dah kepenatan + lapar singgah warung bapak aq makan roti canai.. kebetulan dekat dng warung bapak .. so makan baru balik .. anak aku makan roti canai seorg 2 keping .. huhuhu betul2 lapar....sebelum samapi ruamh umi suruh abah cari ubat sebab ezzah macam nak deman je...
lepas tu samapi rumah anak2 terus tido dng umi2 sekali abah .. jng cerita lah lena di buai mimpi .. hehehehe













hero ku haqimi...













anak dara ku ezzah












keluarga ku kurang seorg ... irfan














potong reben.... siapa lg mesti lah MD yg tinggi lampai tu.....



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Selasa, Mac 08, 2011

Hadiah Haqimi

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah,

bakal masuk 6 tahun ... Hakimi dah pun dapat hadiah besday dia yang pertama dr uncle Ishaq sebuah kereta control ... hmmm bukan main tersenyum aje anak aq yang seorang ne ....
siap merayu kat abah mintak balik umah mama nak ambik hadiah dia .. lg bila uncle ishaq ckp kita main sama2 taw , kimie main kereta 'iscah main helikopter taw.. lg lah anak aq tak sabar nak balik umah mama .. ne dlm kepala mesti nak main je...
belum start cuti umi dah beli buka latahan so make sure kimie siapkan dulu kerja sekolah bar bole main2 ya.. intan payung .. alahaiii
abah dan umi tanya besday hakimi nak buat kat mana?
hakimie : jap tgh pikir ne
Umi : nak buat kat KFC ker PIZZA HUT
Abah : cam papa ker?
Hakimi : bukan lah kita nak buat kat tmp umi main baling telur tu ...
Umi : baling telor?????? kat mana? kat dapur ker? hahahah ( dan cuba berfikir)
Abah : pehhhh nasib lah umi ...siapa suruh tanya .. hahahah

Ohhh Ya Allah kimie umi ne bukan org kaya .. sayang oiii umi ne keja kilang je sayang ...
nak tahu kimie nak wat kat mana?? selera org kaya ... huhu selera tak sangka umi ...
Austin Hills Golf Resort

agak2 lah ne ikut perangai siapa .. umi ker? abah ?hahaha yang pasti besday kimie umi dah abah dah ada perancangan nye .. nanti kita layan ok...

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Sabtu, Mac 05, 2011

Ulangtahun hari bahagia













salam sayang semua...

semperna menyambut ulangtahun hari bahagia kami , kepada semua doakan semoga bahtera kami selamat di pelayaran di dunia & akhirat, dan di hiasi dng anak2 yang soleh dan soleha amin..

Buat suami kecintaan ku ...

Suamiku…
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…

Suamiku…
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu…

Suamiku…
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah…

Suamiku…
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….KASIH SAYANG ISTERIMU…

Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.

Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang… kita berdua akan kecundang.

Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?

Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.

Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku… Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!

Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya… dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya…

Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best