Rabu, September 30, 2009

raya umah member2






salam ,
hari nak raya mana yek....
ha raya umah abg adilah .. tanya abg adi dia pulak buzy,,,,
so raya umah kak long lah ...mlm tu gi umah kak long ,,
dah siap beraya lah sampai mlm, lepas tu encik hubby ajak raya umah member2 dia ok lah ikut saja ,, encik hubby ajak raya umha member chem kat pasir gudang .. dng selamber chem tak payah lah , En hubby tanya napa? baru lah chem terangkan kenapa kawan2 kat pasir gudang ne tak suka kat kita napa kita mesti nak gi rumah dia org, saya ne tersisih kat office taw, selama ne napa umi tak ckp pun kat abah...
napa nak rahsia, bukan rahsia tapi malas nak cerita.kawan baik memang susah nak jumpa,
OO patutlah umi selalu gi jb jumpa kawan kat sana ok ker?napa tak kasi umi jumpa kawan ker?taklah asalkan umi bahagia,
tq abah sentisa memahami umi,
chem pulak lebih suka jumpa kawan2 kat jb berbanding kat pasir gudang ne, bukan apa sebab mamber kat jb ne dah lama kawan dah tahu hati masing2 klu ada tak puas ati terus ckp biar sakit kat situ lepas tu kita kawan macam biasa tapi member kat pasir gudang ne lebih gemar ckp belakanlah ne kawan2 pun jadi tak baik .. bukan hina tapi nelah kenyataannya,, mula tu ingat macam biasa je tapi lama baru aku tahu macam ne kat sini, ada budaya balas membalas jugak...chem ingat kat zaman2 sekolah je ada macam ne rupa nye kat alam keja pun ada . hahahhahaha baik aku lupakan saja..

tapi tak semua kawan yg aku kenal kat pasir gudang ne macam ne hanya segelintir je yg lain tu ok lah ,, tiada istilah nila setitik rosak susu sebelanga,, kuang..kuang....



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Isnin, September 28, 2009

Raya 2009

salam semua....


huuuu lama tak berblog ne bukan apa raya sibuk sikit ... raya tahun ne chem kat tampoi je .. kat umah mak lama sebab hubby kecintaan ku keja .. so byk duduk rumah dari berjalan ..
kisah raya pertama :
tahun ne aku semangat sangat sebab raya kat kampung sendiri lah .. so kesempatan ne aku guna kan sebaik2 mungkin .. bangun pagi aku siap2 kan keja kat dapur, buat mana yg patut adik2 lain tak bangun lagi sebab aku bangun kul 05.00 pagi semangat raya..
mak bangun pun dah tak byk nak wat .. mak mandi lepas tu sama solat subuh, kat bilik mak
mak suruh kejut kan adik2 , bab kejut kan dia org aku paling suka,, sebab aku bole pukul2 sikit nak2 adik aku yg last sekali, dia cukup marah klu aku kejut dia .. tengah2 dia org anak aku yg bangun ,, secomel ku... izzati .. dah bangun umi mandikan lah .. sejuk lah umi aku pun ckp lah ne kan raya kena mandi aku ajarkan niat mandi di pagi raya .. Alhamdulilah anak tak ragam sangat teringat masa aku kecil2 aku mesti nangis bila mandi pagi .. ,
pagi tu aku buka tv kuat2 bila takbir bergema.. tv2 takbir nye tak berhenti sampai kul 08.00 pagi
masa berlalu sangat pantas tetiba aku terdengar dari surau pak iman bertakbir sayu sangat ..
anak izzul nak gi surau , abah dah siap umi dah siap ,, semua org dah siap,
umi ajak anak umi gi surau untuk solat hari raya, dah takbir ramai2 kini sampai lah masa untuk bersolat, aku tak pasti solat aku sah ke tak sebab takbir pertama anak aku izzati jerit umi adik nak kencing ,,,
pastu dia diam .. selesai solat dia jerit lagi umi adik nak kencing ,, umi tanya nak kencing ker?
dia ckp nak cepat lah umi ...
huhuh aku pun berlari bawak dia balik samapi umah .. adik pun melepaskan hajat nye .. huuuu lega sebab adik sempat buang kat umah,, klu kat surau tadi sure aku kena cuci lah karpet tu....
pas tu gi surau balik sambung doa .. heheheh bukan kat surau tu tak ada tandas tapi anak umi ne cerewet sikit kotor sikit tak bole basah sikit tak bole baik balik umah .. je senang ,
selepas solat kami sekampung buat tahlil kat surau ramai2 bawak lah makanan dari umah masing2 sedulang serumah cukup lah .. cukup meriah ,, meriah sekampung

sesampai kat rumah kami sekeluarga bermaaf- maafan, part ne memang sedih sayu sangat, bapak pun bole nangis tau ,, mula2 abg sulung dah wife dia pastu aku dng hubby, dan di ikuti oleh adik2 ku dan anak2 ku ..
part yg tak bole aku lupakan bila anak ku izzati datang minta maaf dari ku ..
dia ckp umi pastu terus nangis , aku peluk datang pulak anak sulung izzul tak nangis senyum je..
dlm senyum, dia ckp umi abg mintak maaf ok.. rocknye anak umi pas tu umi duit raya abg byk tak, huhuhu buat aku ketawa ,, abg & adik2 dah ketawa sakan .
bila dah selesai kami pun beraya rumah adik2 mak yg letaknye sebelah umah mak je...


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"



Jumaat, September 25, 2009

gambar kenangan hari raya pertama (raya 2009)

ne lah kakak ipar ku dng anak bujang ku
ne pulak dng anak dara ku

hero chem ne memang manja...

sama tak muka dia

ini lah ang sulung ku .. abg mail


kakak ipar ku

hero ku


anak dara ku

ne masti nak gambar sama

ne keja abg mail aku lah suruh dia org pegang bunga ...

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Khamis, September 24, 2009

wajah2 insan tersayang

salam semua ,
ini lah wajah2 insan yg chem cintai seumur hidup chem.



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"









Jumaat, September 18, 2009




salam semua ,
hari ne merupakan hari yg sangat bahagia sebab hari ne Besday mak dan hari ulangtahun pertunangan mak dng bapak ..
mak sentiasa memelihara kami walaupun hati nye terluka , sanggup berlapar dari kami ,
sanggup susah demi kami ... macam2 dugaan mak hadapi demi kami ..
mak selalu cakap " dari kami dlm kandungan sehingga hari akhir hayat mak, mak tetap sayang ko org semua" terima kasih mak ..

balik ne nak beli hadiah utk mak..



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Khamis, September 17, 2009

Raya.. raya

Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh

UnTuK Sahabat dan Kenalan ....

3 Hari lagi berakhirlah RAMADHAN 1430M ....
SYAWAL kan tiba memeriahkan persekitaran ....
LEBARAN dirai penuh kegembiraan & kesyukuran ....
Berhati2lah memandu ketika pulang ke KAMPUNG HALAMAN ....
Selama SETAHUN 365 hari ....
Macam2 hal SUKA & DUKA telah berlaku ....
Sebagai hamba ALLAH mesti sedar ....
AMPUN & MAAF dipohon semoga terhapus segala salah laku ....
untuk yg jauh mahupun yg dekat
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
sElAmAt HaRi RaYa aIdIlFiTrI 1430M ....
MaAf ZaHir BaTiN ....Dunia dan Akhirat


Ampun dan maaf andainya diriku ini ada…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita
Teremail benda yang tak sepatutnya u terima
Termacam-macam yang kena-mengena
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana diriku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan…
Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin






"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Jumaat, September 11, 2009

Rahsia Wanita yang Perlu Lelaki Ketahui

salam semua,


Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Jom kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…




"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Khamis, September 10, 2009

Mak saudara sepupu ku

salam..
ari ne genap lah 2 minggu mak saudara pulang ke rahmatullah, semoga roh nye dicucuri rahmat..amin

mak saudara ku meninggal hari jumaat mlm , sewaktu semua org sedang menunaikan solat tarawih, hanya di kelilingi oleh suami dan 2 org anak perempuan, 20 hari sebelum beliu meninggal aku, mak,bapak,en hubby ku serta adik2 yg lain gi ziarah beliau..
tapi lansung tak perasaan tanda2 dia akan pergi tinggal kan kami....
dia tersenyum bila lihat mak dan aku ke katilnye ...salam di hulu tak sangka itulah kali terakhir aku bersalam dng nye.... tapi aku rasa sanggat berpuas hati semasa aku berborak dng dia aku sempat minta maaf dng dia .. lalu dia kata manalah kau ada dosa dng aku ne.. lantas aku jawab .. kadang2 lidah berkata hati berdetik , tangan dan kaki bergerak ..mungkin di situ ada dosa2 ku.. air mata kami jatuh serentak....
kami tahu beliau sedang tahan sakit nye...

beliau disahkan sakit barah tulang somsom.... beliau di jangkan hidup hanya 3 bulan tetapi ALLAH MAHA PENYANYANG , beliau menghembuskan nafas terakhir setelah hampir setahun setengah beperang dng sakitnye ... dan anak2 beliau yg perempuan sungguh tabah, mungkin arwah telah berpesan jng menangisi atas pemergian nye....


14 tahun yg lalu 29 Ramadhan ~ Papa ku meniggal dunia
8 tahun yg lalu 16 Ramadhan ~ Mama ku meniggal dunia

semoga roh mereka di cucuri rahmat amin...

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Rabu, September 09, 2009

15 Madah Cinta Paling Panas..huhuhu


Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.

Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.


TETAPI JNG LUPA CINTA HAKIKI.. CINTA PADA ILAHI ....

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"









Selasa, September 08, 2009

Izzati Jadi Model.....

salam semua ...
saja nak kongsi cerita.. anak ku yg kedua jadi model butik muslimat kak ila ...
yg si abg nye pun nak jadi model jugak.. so aku pujuk abg nanti kita pergi kedai jual baju lelaki ya abg .. muah...muah...
nasib baik jugak izzul hakimi tak meragam klu tak sure aku balik dulu .. hehheeh
anakku bersama anak yg lain sedang mengayakan baju si comel dari butik kak ila
yg akan di buka dng rasmi pada 09/09/2009 di pusat bandar pasir gudang , baju kanak2 yg bercirikan muslimah sejati ,, baju nye cantik2 , tak panas sesuai lah untuk anak2 dara kita, nampak comel dan terjaga auratnye...hehehehe
tengok lah si kecil tu siapa lagi klu bukan izzati

izzati ezzah khairina belum masuk 3 tahun


semoga anak2 menjadi anak yg di senangi dimata dan hati umi dan abah serta semua manusia sekian alam...amin

senyum mu pengubat rindu , ceria hilangkan segala kesunyian....


dlm kehidupan ini tidak ada harta yg lebih berharga selain dari anak2 , kadang terfikir sebab tu mak dan bapak selalu marah klu aku balik dari jln lambat .. sekarang ini aku dah dapat rasa perasaan itu .. pelik tapi benar .....

mak dan bapak terima kasih sebab jaga chem sebaik2 nye....


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best