Rabu, April 13, 2011

besday beloved son Irfan Eshan




Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah.


01.04.2010 selepas solat zohor perut aku rasa berat +- sakit sikit .. huhuu aku duduk terfikir klu masuk opis tetiba je sakit masak .. dah lah opis aku jauh masuk dlm plant cam mana ne ? kakak2 kat opis lain ckp duduk kat surau apa pun senang ... 3.30 sakit lg ..hmmm masuk asar aku solat lagi masa solat tak sakit ptg tu aku gi klinik yg berdekatan je... ptg tu doc suruh aku ke hospital dng segera ... fuhhh dah nak keluar ke anak umi ne... on the way tu aq ajak hubby singgah umah mak dulu . sampai umah mak x sakit langssung .... khamis mlm jumaat jam 11.30mlm aq ke hospital cuma sakit2 sikit je ... sampai hospital wad bersalin full oh tidakkkk .... baby aku pun berilaluan kat baby yg dah nak kuar tu.... aku di tempatkan di wad biasa je ... jam 03.30 pg tu sakit yg amat sangat .. aku gi kat nurse yg bertugas ... Jom.. baby awak dah nak kuar dah ne, tp nurse tu cam lambat2 kan je.. jam 05.15 pg baby boy selamat di lahirkan seberat 3.56kg ...jam 05.30 en hubby datang azan dan pamat baby , doc yg dok tunggu baby aq tersenyum je ... macam anak dia pulak ... cuak jugak aku ... hehehehe rupanye ada kisah yg bakal berlaku sekiranye baby aku tak kuar sehingga 05.30 pg... Alhamdulillah semua selamat ... jam 07.30 masuk semula wad biasa... masa tu aku bayar balik utang tidoooo sedar2 bos aku call .. tanya napa tak datang keja? aku pun ckp , skg ne kita kat hospital ne...dan aku say sorry sebab tak info kat bos ... bukan apa dah penat sangat tu..... lepas tu ada seorg tu jln macam mafia.. badan dia fuhhhh bole cair klu aku masih anak dara hahahah datang kat katil aku buat aku terkejut rupa2 nye dia seorg doc.. yg di tugaskan pada hari itu ... dan dia mintak aku tido secukupnye supaya keadaan aku kembali normal.... P/S: pls ya normal sebab tekanan darah aku bukan otak ya.... hahaha tido dlm kul 11.00 pg en hubby datang dan mandikan aku .. heheeh aku klu sakit jadi manja ne automatik taw... lepas siap tgh sikat rambut abg aku yg sulung datang ,, nak tegok baby aku yg bakal aku berikan pada dia ... masa tu aku tengok muka abg aku ... ada rasa bahagia yg luar biasa.. hari ini 02.04.2011 irfan cukup 1 tahun .... secebis ingatan buat anak2 ku.... Wahai anak-anakku, aku tidak pernah walau sedikit merasa hampa atau jauh sekali menyesal menjadi umi kalian. Menjadi umi kepada anak-anak yang hebat seperti kamu adalah saat yang paling indah dan membanggakan dalam hidupku. Dan jika aku mempunyai kuasa menentukannya, aku ingin hidup dengan lebih lama didunia ini dan dikurniakan kesihatan rohani dan jasmani. Kerana aku ingin melihat engkau membesar dan berdikari. Aku ingin menjadi rujukanmu saat engkau keliru, aku mahu menjadi pedomanmu saat engkau tersasar. Namun semua itu bukanlah daya kudrat hamba. Semuanya terletak didalam ketentuanNya. Entah aku sempat melihat kalian dewasa atau tidak. Namun aku memilih untuk bersangka baik dengan Allah itu. Apa saja yang Ia tentukan buat kita , itu adalah yang terbaik, kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best