Jumaat, April 17, 2009

kebaikan susu kacang soya

Umum mengetahui kebaikan susu kacang soya. Kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru, iaitu neo-protein untuk diet masakini. Ia juga boleh ditukarkan ke apa – apa jua hidangan yang berasaskan susu, keju, aiskrim, kacang dan juga hamburger!

Jadi apakah alasan di sebalik kebaikan kacang soya?

Fungsi Memori
Fakta ini amat benar terutamanya bagi mereka yang sedang melalui alam menopaus. Selepas menopaus, kajian menunjukan lebih ramai wanita mengalami penurunan daya memori berikutan kekurangan hormon estrogen. Kajian juga menunjukkan yang soya menguatkan lagi memori berikutan kandungan utama soya ; isoflayones, yang melindung sel saraf daripada tekanan oksida.

Penurunan Berat badan
Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Terdapat banyak sebab ; pertamanya; ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein rendah lemak yang membantu membina kandungan otot – tidakkah ianya kedengaran seperti sebuah alternatif yang lazat?

macam ne aku bole kurus lah .. hehehehe nak cuba..... bagus ne ...

Pembangkit Tenaga

Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang. Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang.Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari. Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga.


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best