Isnin, November 23, 2009

SEMBILAN(9) WANITA YANG JADI PERHATIAN

*1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang. = yang ne chem pernah tanya kat en hubby masa tengah date dulu.. huhuhu chem tanya soalan ne "kita nak tanya bole tak?, napa awak suka kat kita"
en hubby senyum nak tahu dia ckp apa? "muka awak tenang dan ada kelembutan seorg ibu"
dng muka yg selamber chem ckp tenang macam air yg tak ada buaya dan lembut macam span basuh pinggan ker? huhuhu selambernye aku,,, tapi itu dulu skg ne dah ok





2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan.Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

chem akui skg ne walaupun dah dewasa tapi bila bersama en hubby aku masih lagi kanak2 mintak di manja dan di belai.. en hubby selalu cubit pipi ku ini sebab geram... bila chem tanya napa cubit en hubby ckp geramlah.. hahahahahah



3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

Dah semestinye kan, bila ada masalah chem akan cari masa yg sesuailah cthnye : time kul 09.00 masa solat dah selesai, makan pun dah , berita2 dah habis,, baru lah bole bukak cerita...

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Chem ne bukan jenis yg kaki bodek, so setiap kali selesai solat chem akan berdoa dan bersyukur kerana Allah swt temukan chem dng en hubby, kenapa rahsianye hanya Allah saja yg tahu ..kadang2 tu puji dia jugak tapi setiap kali chem puji dia akan ketawa,, kenapa kata nye kat luar sana masih ramai lagi yg jauh baik dari abah,,,

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih,kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

Pernah Sekali je chem uji en hubby , nak gi kedai tapi chem tak pakai tudung... nak tahu en hubby ckp apa ? chem awak duduk umah je biar saya gi beli apa yg awak nak ok... ohhhh cepat2 chem tukar baju dan pakai tudung.. heheheheh sejak dari hari tu tahulah chem en hubby tak suka bila aku buka tudung..


6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya.Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

Sayang en hubby bukan lah seorg yg suka bercerita hal2 lelaki sebalik nye dia suka bercerita tentang masa depan.. huhuhu tang tu chem selalu bagi espon yg baik sama klu en hubby ada masalah keja.. dlm keta je en hubby dah cerita walaupun penat chem layan jugak,chem tak mahu en hubby rasa dia tak di layan...


7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Huhuhu masa baru kenal family en hubby chem ne agak pendiam.. malu tahu tak? bukan sombong, mana tak nye chem kenal en hubby tak lama dah tunang dan genap 6 bulan kami nikah tak samapi setahun pun kawan .. dah jadi suami isteri.. gi umah mak mertua sekali je tu pun tak kenal sedara - mara tahu2 hari sanding semua sedara nak jumpa tersipul malu chem ..


8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang
wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

chem akan hormat diri sendiri sebelum chem hormatkan org lain..


9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg
susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.*

ne tak nak ckp byk nanti ada org ckp chem masuk bakul angkat sendiri ... Subahanaallah jauhkan...







"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best