Rabu, Mei 11, 2011

besday En hubby .. ku

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah"

Salam Teristimewa Buat suamiku Tersayang...

Pertama kali ku dengar suara mu,
pertama kali ku dengar bisikan hati mu..
suara mu bergema di jiwa ku..
tidak ku kenali siapa diri mu..
tapi mengapa kau jua yang ku rindu..


kau pandai bermadah..
madah mu mencuit hati ku..
kau pandai bergurau..
gurauan mu, menjadi igauan ku..
desiran tawa mu..menambat hati ku..
oh.. alangkah indahnya rindu pada diri mu.

pertama kali ku bersua dgn mu..
hati ku berdegup bagaikan dipalu..ewah.. ewah... chem
jantung ku bergoncang bagaikan digempa.. dasyatnye chem
lirik mata mu.. panahan arjuna ku.. aduhiiii arjuna ku...
manis senyuman mu, bertakhta mahkota.
oh..indahnya jika selalu bersama mu..

deruan angin membawa kenangan..
kenangan yg lepas, tak akan berulang..
asam dan garam sudah suratan...
bibit-bibit kemanisan bersama mu..
terpaksa ku telan jua..
walaupun ku sedar diri ku siapa..!!?
chem seorang awek gemuk @ comel .. huhu



suatu ketika dulu sewaktu ..itu kau dan aku baru nak kenal erti CINTA....
Pertama kali memandang wajahmu….. aku dapat rasa ada suatu perjanjian antara kita. Walaupun waktu itu antara kita ada garis sempadan yang membezakan namun aku dapat rasakan sesuatu keanihan perasaan. Hati kecilku berbisik kau milikku.

Kau memandangku dari kejauhan dan aku merenungmu dalam diam. Aku tidak tahu apakah kuasa yang ada hinggakan aku begitu yakin pada perasaanku tika itu. Setiap kali aku kekeliruan dan dalam kebingungan kau akan muncul di pandangan, lantas memberikan ku kesegaran dalam jiwaku yang kekusutan.

Kehadirannmu seolah-olah memberiku suatu harapan. Aku tak tahu dari mana sumber kekuatan namun aku tahu ianya ada padamu sewaktu kau kupandang. Aku berkata pada hatiku sendiri, aku bersoal pada diriku sendiri, dan aku memujuk diriku sendiri untuk mencari kebenaran.dan terus mencari kebenaran sehingga kau jadi milik ku ...

Sesuatu yang tidak dirancang telah memberi kita salam pekenalan. Ayat pertama yang kau lafazkan padaku terpahat di hatiku sehingga kini dan selama nye . Aku sendiri tidak tahu bilakah aku melangari garis sempadan sehingga tanpa ku sedar hubungan yang sepatutnya terbatas sudah menjadi tidak terbatas oleh kawalan fikiran tanpa mempedulikan sehebat mana halangan dan rintangan yang kan mendatang. kita teruskan demi cinta kita dan Cinta-Nya ..

Kalbu kita dibaluti keasyikan, jiwa kita dicengkam kerinduan dan hati kita bersatu dalam seribu keindahan lantas memenjara kewarasan fikiran Kau warnai kehidupan ku. Aku mendambarkan dirimu di segenap ruang hidupku. Ku ukir namamu di lubuk hatiku yang paling dalam. Kau lukis wajahku di benak fikiran. bahagia aku rasa kan ... dunia ini ana yang punya,, huhuhu

Kau membimbingku dikala aku memerlukan pertolongan aku bersamamu didalam susah dan senang. Harta wang dan keudukan tidak menjadi garis ukuran untukku setia bersamamu. Paras rupa bukanlah satu pertaruhan untuk kau menyayagiku. Hadirmu menyeri senyumku hadirku menyinar hidupmu.

Kebahagianku pada senyumanmu dan sedihmu pada air mataku. Seandainya seharian dibebani kekusutan kerana cinta kau dan aku masih boleh tersenyum di dalam kesulitan dan seandainya terjadi perselisihan madu dimulut tak tertelan.Romantiknye kau dan aku ....

Hari demi hari wajahmu menunggu di hujung malam, bulan demi bulan janjimu aku dambarkan, tahun demi tahu cinta kita semakin mendalam dan mendalam.
kini kau dan aku telah miliki cinta tu ..kita terus semua kerana hanya kita milik kita, cinta kita , hati kita segala nye untuk kita sekeluarga... moga cinta kita di di restui oleh keluarga serta dirahmati di dunia dan akhirat ..amin


Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


2 ulasan:

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best