Sabtu, Mac 05, 2011

Ulangtahun hari bahagia













salam sayang semua...

semperna menyambut ulangtahun hari bahagia kami , kepada semua doakan semoga bahtera kami selamat di pelayaran di dunia & akhirat, dan di hiasi dng anak2 yang soleh dan soleha amin..

Buat suami kecintaan ku ...

Suamiku…
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah…

Suamiku…
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu…

Suamiku…
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah…

Suamiku…
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….KASIH SAYANG ISTERIMU…

Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.

Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang… kita berdua akan kecundang.

Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?

Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.

Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku… Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!

Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya… dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya…

Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best