baju dan skuter tu hadiah yg dpt
umi belikan kek dr golden over ... milik sepenuhnye islam
19.03.2005 tarikh yang tak dapat di lupakan oleh chem sampai bila2
16.03.2005 chem di masukkan ke hospital 16.03.2005~tanpa rasa sakit ,
17.03.2005 pun masih tak sakit bole ketawa2 tolong mak2 yg dah bersalin tengok baby yang dah lahir .. comel2 insan yang tiada dosa ...
18.03.2001 pun masih tak sakit siap ajak en hubby kuar jln2 kat danga bay dng pakai kain batik .. klu cantik for sure tak bole kuar wat kan so tak apalah selekeh sikit janji tak bosan duduk kat hospital ... balik tu kena marah dng nurse2 kat situ .. chem buat tak tahu dah salah kita kan .... hahaha pengalaman tu ... 18.03.2001 jam 01.00 masuk bilik bersalin chem kena denda ker????? jam 12.01 tarikh pun berubah 19.03.2005 hakimi di lahirkan ... dng tali pusat berbelit 3 pusingan ...
hari ini 19.03.2011 haqimi dah pun masuk 6 tahun ... cepat sungguh masa itu berlalu .. masih segar kenangan melahirkan haqimi ... jatuh pengsan , dll
anak ku haqimi andai kau dewasa ... "Gantung kan impian mu setinggi bintang di langit dan rendah hati mu serendah mutiara di lautan "
umi selalu terhibur dng terlatah anak2 umi ... ada yang nak pilot, doktor
semoga haqimi jd anak yang soleh di dunia dan akhirat,
semoga haqimi jd abang yang soleh di dunia dan akhirat,
secebis ingatan buat anak2 ku... .
Wahai anak-anakku, aku tidak pernah walau sedikit merasa hampa atau jauh sekali menyesal menjadi umi kalian. Menjadi umi kepada anak-anak yang hebat seperti kamu adalah saat yang paling indah dan membanggakan dalam hidupku. Dan jika aku mempunyai kuasa menentukannya, aku ingin hidup dengan lebih lama didunia ini dan dikurniakan kesihatan rohani dan jasmani. Kerana aku ingin melihat engkau membesar dan berdikari. Aku ingin menjadi rujukanmu saat engkau keliru, aku mahu menjadi pedomanmu saat engkau tersasar. Namun semua itu bukanlah daya kudrat hamba. Semuanya terletak didalam ketentuanNya. Entah aku sempat melihat kalian dewasa atau tidak. Namun aku memilih untuk bersangka baik dengan Allah itu. Apa saja yang Ia tentukan buat kita , itu adalah yang terbaik, kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
Telah berpesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya,
Sepanjang hidupku. Aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
- Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
- Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
- Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
- Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai dan adabmu.
- Ingatilah kepada Allah s.w.t.
- Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
- Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu.
- Sentiasalah mengingati mati."
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan