Khamis, Disember 17, 2009

selamat tahun baru semua....



salam semua,
salam maal hijrah kepada semua, semoga tahun baru ini akan lebih bermakna buat diri kita semua dan mudah2han kita semua akan lebih dekat kepada Allah s.w.t, InsyaAllah amin..

dan jng lah kita lupa pada ptg ne marilah bersama2 kita membaca yasin dan doa,
InsyaAllah diri kita akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun 1431 hijrah


DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim

Maksudnya doa akhir tahun :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Ya Allah! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.




Bismillahirrahmanirrahim

Maksudnya doa awal tahun :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Ya Allah Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best