Salam ,
17/10/2009 sedang org india syok berhari raya aku sekeluarga kena gi hospital..
gara2 wafi (10 bulan ) termakan racun tikus... 16/10/2009 En hubby kena keja mlm sebab ramai kaum india dah mula cuti .. raya lah katakan .. hehheeheh
sampai umah En hubby makan, pastu lepak2 tengok TV, en hubby klu dah makan dia susah sikit nak tido . dah biasa kata nye...
kul 10.30 En hubby naik tido ... aku pulak dapat sms dari kawan yg sambut deepavali,
dia jemput datang rumah, tengok En hubby tido sedap tak jadi nak kacau lah .. so aku balas sms tu ckp aku tak dapat datang,
tenghari tu dlm kul 1.15 makcik aku call , dng suara nangis2 ckp anak dia termakan racun tikus..
macam terhenti jantung aku ,
cuba call antara org yg hampir rumah nye dng makcik aku .
makcik aku rumah nye kat seloong , rumah pulak jauh2 dia pulak tak call hubby nye sebab dahkelam kabut.... ne untungnye adik beradik ramai . bila call je seorg semua cepat dapat berita , dlm sibuk2 pakcik aku yg 2nd last paling hampir sebab masa tu dia gi open house kat situ2 je ,
so dia org yg pertama sampai bawak wafi ke klinik senai doctor swasta tak terima, pas tu pakcik aku bawah pulak gi hospital kulai , sampai hospital wafi lemah sangat ..
doctor cuba selamat kan wafi dan Alhamdullilah wafi selamat ,
doctor tanya makcik aku macam mana bole dia termakan racun ,
makcik aku pun cetitalah makcik gi bilik stor yg dimana bilik tu sentiasa di kunci jarang buka biasa nya En hubby dia je yg masuk bilik tu ,
tapi ari tu makcik nak cari barang jahit, dia pun masuk tak perasan pulak si anak tadi ikut ,
bila tengah cari2 terperasan macam kelibat org tengok2 wafi dah makan racun tu ,,, Racun pulak jenis yg kuat serbuk hitam tu ,, apa lagi makcik pun jolok2 tekak wafi semahu2 yg bole sambila sebut Allah!!! Allah!!!
Sampai si wafi jadi lembik , bagi wafi air Zam2, bagi susu makcik 2 beranak je kat ruamh ari tu sebab en hubby dia keja, bayangkan di saat suami keja, isteri yg bole memandu pun jadi tak pandai , dia pun tak call hubby dia sebab tak terfikir, semua macam tak kena,
bila semua dah selamat makcik aku macam tak percaya sekelip mata Allah nak uji dia ,
hampir lima tahun tunggu baru dapat wafi 17/10/2009 ujian hebat dlm hidup dia ..
semoga wafi terus bersama makcik su dan pakcik su aku ..
p/s: kadang2 bila musibah melanda hati yg tenang jadi tak tentu .. Ya Allah kau selamatkan lah semua ahli keluarga aku serta semua umat islam di dunia ne , dunia dan akhirat. amin ...
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan