Jumaat, Januari 16, 2009

Doa harian ... terbukanye pintu rezeki....

Assalammualaikum semua;

Dato dr.fazilah pernah berkata......." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua
ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ mati ) ".........nescaya pintu rezeki akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan
agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Conclusions:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, ilmu dsb nya..)

Wassalam


1- Untuk Kedua Ibu Bapa



Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
2- Untuk Kebahagiaan Sekeluarga



Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.
3- Mendapat Keturunan Yang Baik



Maksudnya : Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-MU keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.
4- Untuk Mendapat Anak
Ini doa nabi zakaria... dia tak de anak selama 10 tahun, so, dia berdoa ... selepas itu Allah kurniakan isteri dia mengandung.. dan sesuai untuk orang yang jodoh lambat...



Maksudnya : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan bersendirian walhal Engkaulah sebaik-baik waris.
5- Supaya Anak Cucu Mendirikan Solat



Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan Solat dan begitu juga anak cucuku. Wahai Tuhan kami! Terimalah doaku, Wahai Tuhan kami! Ampunilah akan daku dan dua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari tegaknya hisab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best