MENCARI KELUARGA YANG PENUH DENGAN KEBAHAGIAN DIMANA ADA KESEMPURNAAN , KECEKALAN ,KETABAHAN , KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN
Rabu, Disember 08, 2010
salam maal hijrah 1432
Ahad, Disember 05, 2010
hari pertama Izzati ke sekolah....
DOA KHUSUS 29 ZULHIJJAH~ mari beramal
DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH – 29 ZULHIJJAH
Doa Akhir Tahun
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.
DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH – 1 MUHARRAM
Doa Awal Tahun
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAHrahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
KELEBIHAN PUASA BULAN MUHARAM
Daripada Abi Hurairah Radiallahu anhu ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Seafdhal – afdhal puasa selepas daripada bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram”.
Daripada Ali bin Abi Talib Radiallahu anhu ia berkata : “Seorang lelaki bertanya kepadaku: Bulan apakah yang engkau mahu perintahkan kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?”. Ali Radiallahu anhu berkata : Aku tidak pernah dengar seseorang yang bertanya tentang hal ini kecuali seorang lelaki yang aku dengar ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. pada hal aku sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : Ya Rasullulah bulan apakah yang engkau nak perintah kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan? Rasulullah s.a.w. menjawab : Jika engkau mahu berpuasa selepas bulan Ramadhan maka puasalah pada bulan Maharram kerana sesungguhnya bulan itu adalah bulan Allah.
KELEBIHAN PUASA PADA HARI ASYURA’
Daripada Ibni Abbas Radiallahu anhuma berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah berpuasa pada hari Asyura’ dan memerintahkan manusia supaya berpuasa pada hari itu. Makna hari Asyura’ ialah hari yang kesepuluh daripada Muharram dan berpuasa pada hari itu adalah sunnat yang dituntuti kerana Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa setahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muasawi. Dan berpuasa pada hari Arafah, Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa 2 tahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muhammad. Pada asal kalimat, berpuasa pada sepuluh hari bulan Muharram adalah perintah wajib. Tetapi, kerana telah di nasakhkan menjadi sunnat, maka perintah puasa pada hari Asyura’ itu amatlah besar pahalanya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ibnu Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadhilat yang tidak ada pada hari-hari yang lain selain dari hari ini.
Daripada A’isyah Radiallahu anha ia berkata : Adalah hari Asyura’ itu satu hari yang telah berpuasa oleh orang Qurais pada zaman jahiliyyah dan adalah Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah ia pun berpuasa pada hari itu dan ia memerintahkan manusia supaya berpuasa. Apabila puasa bulan Ramadhan telah di fardukan, maka puasa pada hari Asyura’ itu tidak menjadi wajib lagi dan mereka pun meninggalkan amalan berpuasa pada hari Asyura’. Maka barangsiapa menghendaki, hendaklah berpuasa dan barangsiapa tidak menghendaki bolehlah meninggalkannya.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Orang-orang jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang Islam, sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan, juga berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan berbuka.
10 MUHARRAM (HARI ASYURA’) MENINGGALKAN BANYAK PERISTIWA SEJARAH DIANTARANYA:
1) Arasy, kurshi dan Syurga dicipta.
2) Langit, matahari, bulan, bintang dan bumi dicipta.
3) Nabi Adam dicipta dari tanah.
4) Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga.
5) Taubat Nabi Adam diterima ALLAH.
6) Bahtera Nabi Nuh mendarat di bukit Judi.
7) Nabi Ibrahim keluar daripada api. Penglihatan Nabi Yaakub pulih semula.
9) Nabi Yusuf keluar dari perigi.
10) Nabi Ayub sembuh daripada menderita penyakit kulit.
11) Nabi Musa selamat menyeberangi lautan sementara Firaun dan pengikut²nya tenggelam ke dalam lautan Merah.
12) Nabi Sulaiman dikurniakan semula kekuasaan (kerajaan).
13) Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.
14) Nabi Isa dilahirkan.
15) Nabi Isa diangkat kelangit.
16) Hujan turun buat kali pertama kalinya membasahi bumi.

Isnin, November 29, 2010
Selamat Hari Lahir Permata Hati Umi...
Selasa, November 23, 2010
pg raya aidil adha
Isnin, November 01, 2010
keputusan haqimi dah keluar ..

Khamis, Oktober 14, 2010
last day..
semlm anak2 chem ajak gi makan bugger .. heheheh macam biasa lah chem tanya nak kat mana ? Mcd umi ,, dah lama dah tak gi sana .. oiii banyak lah minggu lepas tu apa ?
hakimi ckp tak bole esok abg ada periksa lah ..
hmmm kakak dengar tak abg kimie ada periksa esok .. so makan tu kita pospon esok ok...
si kakak pulak marah2 je.. semua tak kena .. balik tu makan nasi goreng + udang goreng tepung ... air sirap suam jelah ...
seperti biasa hakimie bole main sempoa bila kiraan nye semua tambah, klu kena tang tolak hakimie susah sikit .. puas umi ajar tapi masih ada yg hakimie tak faham .. heheheh susah jugak kat sini baru hakimie .. kat sekolah tu kesian cikgu2 nak fahamkan satu kelas .. lg lah kesian ..
kepada semua cikgu2 dan bekas2 cikgu sumbangan kalian amat2 berharga.. jasa kalian tak mudah di lupakan ...
selesai ajar hakimie.sebelum tido hakimie tanya klu abg tak bole jawab cikgu marah tak umi .
hmm tak lah .. nanti mintak cikgu terang kan ok...
ok anak2 umi baca doa sebelum tido ..
seperti biasa hakimie baca doa kakak akan ikut ,
3 basaha .. bahagai nye umi rasa ..
1. bahasa arab
2. bahasa melayu
3. bahasa inggeris
dulu masa umi sek .. guna bahasa arab dng bahasa melayu je..
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Rabu, Oktober 06, 2010
kimie nak periksa... akhir tahun
kecut perut chem tak senang nak duduk ne minggu depan 11/10~ 14/10, anak sulung ku periksa akhir tahun .. huhuu
chem tanya dia "abg, cikgu ada ckp x periksa bila ?
kimie dng selamba jawab "kita rasa lg 2 bulan lah umi...
umi dan abah ' kami serentak ketawa.. salah lah abg .. minggu depan abg periksa taw...
minggu depan tu ari apa umi ? isnin lah ...ya lah isnin tu ari apa?
opsss lupa tang ari ne , umi kena ckp london , monday lah sayang ...
kimie ;'ok umi ... saturday ,sunday cuti ,monday periksa..Oooo
umi : napa lemah je...
kimie : kita takut lah umi...
umi: takut napa ? saja je tanya dia , nak tahu sangat apa kimie nak jawab...
kimie : takut lah ..
agaknye kimie pun sama cam umi kot, dulu umi pantang dng peperiksaan , hahahah memang tak senanh nak duduk ..
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

izzul irfan

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Rabu, September 22, 2010
raya sana sini...
duk raya sana , raya sini chem kena tahan sakit kaki kiri ne bengkak , sebab jatuh kat bilik air ... nak tahu sebab apa jatuh sebab nye berangan lah.. hahahah begkak kaki chem ... tengah basuh2 baju basuh bilik air lah tu, apa pun kaki chem dah semakin pulih.. semlm mak risaukan kaki chem . terima kasih mak .. sayang mak....
hujung minggu ne ingat nak gi ziarah kubur mama dan papa chem lah sejak bersalin ari belum gi lg .. rasa rindu pulak ...
raya tahun ne kan chem kat rumah mak mertua so tak dpt nak nak gi kubur mama dan papa ...
sambil tu nak gi beraya uamh makcik2 dan pakcik lah ... mlm ne pulak nak gi beraya umah adik ipar dan akak ipar huhu lepas tu mereka pulak serang umah chem ..
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Rabu, September 15, 2010
Aidilfitri 2010
tahun ne chem raya kat kg en hubby kukup laut .. seronok jugak ... nanti ada kesempatan chem add lg gambar2 ya, balik kukup hari rabu dah selesai berbuka kat umah mak chem terus gerak sampai umah mak kukup kul 09.15 mlm suasana kampung lebih meriah dr bandar ... heheheh
sampai2 je mak mertua ku tiada di rumah kat surau solat tarawih ...
tunggu lah samapi kul 10.00 mlm anak2 aku dah mula talut si kakak tu macam benda dia ckp bunyi tu lah bunyi ini lah .. bila MIL dan FIL balik dari surau anak ku serbu atok dan nenek dia .. hehehe
gambar kat bawah ne pulak gambar kat uamh mak dan bapak chem .. chem mintak dr adik ipar chem .. hehehe so layan je lah ya... nantikan gambar2 lain ya...
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Rabu, September 08, 2010
Selamat hari raya ...
Terlebih dulu chem nak ucapkan selamat hari raya, maaf zair dan batin .. huuuuu raya ne chem kat kukup pontian ,
ray ke dua baru balik umah mak sendiri sedih memang sedih tapi tu lah setipa tahun gilir2 lah sebab masing ada mak bapak kan ... hehehehe
apa pun ucapan dari chem terimalah
Semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria dalam pada hendak menyambut raya ini.
Tanam tebu rapat - rapat,
Biar senang puyuh berlari;
Kalau ada mengata mengumpat,
Kuhulur kemaafan pensuci diri .
Saudagar belayar ke tanah Arab,
Kapal belayar di pagi hari;
Menghulur salam sebahagian adab,
Tanda muafakat di Aidilfitri .
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sesungguhnya kepulanganmu amat dinanti. Jangankan biarkan kepulanganmu menjadi ratapan pilu. Jadi berhati - hatilah semasa memandu pulang ke kampung halaman masing - masing .
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Selasa, Ogos 24, 2010
1 Blog 1 Bendera

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"
Isnin, Ogos 23, 2010
Bulan ~ kejadian alam yg luar biasa.

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh...
27 Ogos ini Seluruh Dunia sedang menunggu .............
Planet Marikh akan menjadi terang di langit malam hari mulai Ogos. Ini akan terlihat sama besarnya dengan bulan purnama dengan mata . Ini akan menumbuhkan pada 27 Ogos ketika Mars datang dalam 34.65M batu dari bumi. Pastikan untuk melihat langit pada 27 Ogos 00:30. Yang akan kelihatan seperti bumi mempunyai 2 bulan. Kali seterusnya Mars mungkin akan tutup di 2287.
Rabu, Ogos 18, 2010
cik alias.
semlm hampir jam 1 ptg aq terima panggilan dr akak ipar ku "chem bapak akak dah meninggal "
sedih nye... Cik Alias dah meninggal dunia, apa yg tinggal kini hanyalah kenangan, sayu kak ipar aq, keperitan tu aq dah rasa bila org yg kita sayang tinggalkan kita, lebih2 lagi klu usaha yg kita impikan kita belum dapat kongsi dng mereka...
apa pun aq doakan moga kakak ku tabah ,, dan arwah bapak nye tenang di sana Al fatehah ..
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Selasa, Ogos 10, 2010
irfan 4 bulan

izzul irfan dah 4 bualan lebih, dah pandai gelak2 , mintak adik opssss umi dah angkat bendera nak tambah lagi .. huhuhuhu...
klu ada rezeki tahun depan ya.. ahahahah
masa ne balik dari melawat papa puteri wangsa, doa kami mudah2han papa cepat sembuh amin...
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Yang rindu tak sabar menanti ~ ramadan
tazkirah sebelum berpuasa..
Yang tahu persiapkan diri ..Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali ...Ya Ramadhan...
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Jika hati sejernih AIR, jangan biar ia KERUH
Jika hati seputih AWAN, jangan biar ia MENDUNG
Jika hati seindah BULAN, hiasi ia dengan IMAN
Dlm kerendahan HATI ada ketinggian BUDI,
Dlm kemiskinan HARTA ada kekayaan JIWA
Dlm kelembutan LIDAH ada ketelanjuran KATA,
Dlm gurau dan senda ada KHILAF dan DOSA,
HARAP DIMAAFI SEGALANYA...
Semoga RAMADHAN memberi KEINSAFAN kepada kita semua
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, Ogos 02, 2010
doa selamat
sabtu mlm minggu ada doa selamat kat umah mak semperna menyambut bulan ramadan ,anak saudara ku (Aisaha Hana) cukup 1 tahun ari ne dan adik ipar ku (eddy) akan bertolak ke iran utk bertugas
menu : Nasi ambang + air panas+air sejuk+kuih2+buah2
di serikan lg dng anak2 kecil yg cumel....
aq yg sibuk dng closing ... mak pun nak wat doa selamat .. aq dah mintak maaf kat mak sebab tak dpt tolong sebab ada closing nasib baik mak dan bapak faham keja aq ,, terima kasih mak dan bapak ...
jumaat mlm sabtu aq balik umah sebab nak wat triffle ... recepi dari org umah bos aq.. huhuuh
samapi umah mak .. mak tgh cuci umah ,, mak kata nak puasa nanti malas nak wat so buat skg ne esok2 raya tak payah nak basuh umah ...
mak chem ne memang suka basuh rumah .. kata mak nampak bersih .... setahun paling kurang 2 kali basuh.. siap tolong mak basuh umah engok imam muda... tahniah kat imam muda yg menang tp aq suka iman nuri sebab dia sempoi ... dah abis imam muda wat triffle pulak .. dah siap mlm tu balik pg sebab esok nak keja..
esok keja dng rasa boring sangat ... sebab terbayang suasana meriah kat umah mak...
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Selasa, Julai 13, 2010
makan durian
makan durian .. huhu semlm puas makan durian , oleh kerana tak ada kebun durian so klu nak makan durian kenalah beli ...ari ahad tu beli kat desa cermerlang cam tak puas je. semlm beli kat kip mart .. makan puas2 dah makna durian kita org makan pulak buah manggis ... ne petua bapak supaya badan tak panas.. anak beranak berebut kupas manggis .. anak dng abah kupas umi tukang makan .. heheheh tq my superhero..
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, Julai 12, 2010
anak dara ku yg comel
ari sabtu anak dara chem jatuh tergolek kat tangga ... kesian tapi dlm masa yg sama nak ketawa jugak sebab dia tergolek betul2 ...
bila dah angkat dia sapu minyak but2 pastu tanay dia baik2 .. sebab anak dara chem ne kena pandai ambil hati dia klu salah siap lah jerit2 lah dia ...
bila dah reda tu secara sepontan dia ckp kat abg dia " klu adik mati ko(abg izzul ) dpt adik baru , tapi aku duduk dlm kubur dng pocong , aku takut taw" dng nada nangis dan air mata mengalir lagi,
sebaknye ati aq dan en hubby,,, sedih nye bila dia sebut pasal mati.. lalu aku panggil dia dan usap2 kepala dia sambil kata bole tak lepas ne kakak jng sebut mati2 sebab umi sedih , umi cuma ada kakak seorg je anak perempuan.. dia pun peluk aq sekuat2 nye sambil ckp ..kakak pun sedih taw...
kul 12.30 aku suruh semua siap2 nak gi jemputan kawin .. dia pun apa lagi hilang sakit pakai seluar pakai baju siap suruh ikat rambut lagi ...
mlm tu pulak kami ada jemputan nikah mak cik aku ...
moga cik bidah dan pakcik bahagia selama nye amin...
mlm tu jugak aku bertemu lah sepupu2 aku yg jarang jumpa .. dr sg
semoga pertemuan itu terus tersemat dlm kalbu ...
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, Julai 05, 2010
semalam tinggal sejarah
10 tuhun dulu aku hampir maut di jalanraya di mana kereta wira bapak langgar lori ..
semlm tayar keta meletop,, Alhamdulilah aq sekeluarga selamat, aq cuba bayangkan sekiranya suami aq memandu dng kelajuan 90km/j ... pasti ari ne dan selama nye tinggal kenangan....
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Khamis, Julai 01, 2010
Sukaneka Wanita Hydro 2010

apa yg kelakar kat sini adik nangis sebab takut pakcik yg jaga kat situ .. hahahah lawak lah adik
apa pun tahniah kepada Ajk2 wanita sportclub hydro!!!
Isnin, Jun 21, 2010
semlm ari bapak .. nak tahu bapak belanja makan durian ..hmmm sedapnyeee....
durian dr pekan nenas sekilo RM 5.
makan apa lagi ... w/pun bapak x suka makan durian tp utk anak2 dan cucu bapak belikan ...
dengar mak ckp RM 100 ++ terima kasih bapak .. sayang bapak minggu depan beli lagi ya...
chem ne kan anak bertuah... hahahaha sebab tu bapak x pernah marah.. mintak apa saja bapak mesti tunaikan...
tp chem sorry ya . chem bukanlah jenis yg ambil kesempatan ok, chem mesti dulukan adik2,
durian semlm chem tak bole makan byk sebab baby chem demam. kesian kan chem terpaksa chem lepaskan .. sedihnye. tak apa next week bapak mesti belikan ... sebab kedua anak sulung chem pantang bau durian ... mesti nak makan...
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Rabu, Jun 16, 2010
malunye.....
bersemperna hari bapa yg bakal menjelang chem ambik kesempatan ne nak ucapkan selamat ari bapak, bapa, abah, ayah, papa, walid kepada semua bapak2 .. heheheh
dan ada 3 insan istemewa dlm hidup chem skg ne ...
bapak ~ aku ada kerana dia .
ayah ~ suami ku ada kerana dia.
abah ~ hadirnye permata hati ku kerana dia.
Abah, ketika aku mengalah, engkau semangatku.. ketika aku sakit , engkau penawarku.. ketika aku bersedih, kau air mataku... ketika aku ketawa, engkau ringku dan ketika engkau berduka?? aku harap akulah penawar duka lara mu.. "Happy Father Day"
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Selasa, Jun 08, 2010
Makan besar...
Besar punya!!! ne perkataan yg selalu kakak sebut, teringat pulak si anak dara chem yg jauh nun di umah mak chem .. cuti sek ne kan tak nak balik....
semlm makan besar .. dng bos utk meraikan salah seorg opis mate (jasni) yg berhenti keja dan bakal bertugas di PTP so semlm kita org meraikan nye di senibong,
tempat yg ada macam2 makanan laut.. sedap2 tu ... suasana pantai seronok .chem minum air buah campur sampai 2 gelas, tekat ne haus ari ne dah rasa sakit2 tekak, masakan dia oklah, makan borak... makan ..borak dah kul 10 lebih , balik umah sampai kul 11.30 mlm tungguh en hubby makan lepas tu solat isyak terus tido....sedar2 dah kul 05.30 nasib baik tak lambat klu tak lambat lah ari ne ..
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, Jun 07, 2010
Gambar kenangan Hakimi 5 maju ....

Rabu, Jun 02, 2010
bermula lah 01/jun/2010
semlm chem dah start enjin utk memulakan tugas2 di pejabat ,, huhuuhu
2 bulan cuti tak rasa pun macam 2 bulan ... rasa sekejap je...segala kenangan indah bersama baby ku irfan dan anak2 ku kena lupakan sekejap... jng sampai keja terganggu sudah lah .... susu utk irfan tetap chem simpan w/pun berkerja .. nasib baik ada petisejuk kat it dept so tumpang susu kat sana lah.. hari kedua chem bekerja rasa nantuk lah pulak .. sejuk kot duduk dlm aircond.
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Khamis, Mei 27, 2010
keputusan ...
Alhamdulillah satu penantian telah pun berakhir,, amin... anak bujang aku hakimi dapat 90.4% dlm keputusan peperiksaan awal tahun 2010...no 4 daripada 15 org .
buat cikgu2 tpb terima kasih ,, dari hakimi belum kenal huruf hari ne hakimi dah kenal huruf dan bole membaca sikit2.... buat hubby ku sama2 lah kita didik semua anak2 moga mereka berjaya dunia dan akhirat.. amin
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, Mei 17, 2010
sekitar besday en hubby
11/05/2010 jln gi pizzahut dn anak2 & en hubby semperna besday en hubby... oleh kerana en hubby tak makan kek so kena lah makan benda lain... kimie yg pilih tempat.....
masa tengah makan jumpa pulak kawan lama classmate chem , DM sudah beranak 2 muka cantik badan ok macam masa sek dulu.e En hubby dapat satu kejutaan dari chem .. nak tahu apa chem hadiahkan en hubby sebotol minyak wangi.. muka en huuby terkejut sangat.... heheheh biasanye bagi dia tahu chem sihat ne chem dlm pantang mungkin en hubby agak x ada hadiah kot tup... tup.. tengah makan chem kuar kan dan bagi kat en hubby, pas tu ayat manis en hubby napa susah2 ne abah x kesah pun.... dah tu balik terus gi umah mak sampai sana makan pizza lagi .....kenyang betul
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, Mei 10, 2010
balik pasir gudang
semlm 9/5 chem balik umah sendiri secara rasminye,byk bawak brg2 ari kemas2 tak abis2 penat sangat ne ..esok nak sambung lagi lah
"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Khamis, April 22, 2010
Sekitar majis akikah dan cukur jambul anakku Izzul Irfan Eshan
sekitar majlis akikah dan cukur jambul Izzul Irfan Eshan










"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Izzul Hakimi
izzati khairina
Izzul irfan
kelas hakimi 5 maju
