Selasa, Januari 04, 2011

1st day ...

salam semua ...
30.12.2010 ari pertama haqimie dan izzati i sekolah .. huhuhu umi ambik cuti sebab nak anto permata hati gi sekolah ... anak2 tak nangis tp umi yg dah sedih ... entah tiba2 je air mata ne jatuh ... dah besar rupanye anak2 umi... sedihnye...

haqimie masuk 6 maju ... tm2, izzati pulak masuk 5 pandai tm1,
samapi kul 08.00 pg hantar izzati masuk kelas dulu ... tunjukkan izzati kelas dia , pas tu tempat letak kasut ..
haqimie setia tunggu umi settal kan izzati ...

08.15 hantar haqimie pulak sampai sekolah haqimie, macam biasa haqimie dah pandai bukak kasut letak kat rak kasut pas tu dia masuk kelas .. oleh kerana lambat haqimie duduk belankang ...kesian anak umi... balik semua ke tm 1 untuk bayar duit van ... settal semua umi pun balik

09.00 pg umi balik umah terus tido sebab penat sangat .. hahahha dah tua kot aq ne...
kul 11.10 bangun gi sekolah , tengok anak balik dr sekolah. betul tak van yg dia org naik ..
11.25~12.00 tgh tunggu van haqimie tak sampai2 , rupanya driver tu lupa nak ambik hakimie .. umi call dia tanya dia ckp terlupa jap ya saya ambik anak akak .. huhuu
haqimie sampai umah.. haqimie bising makcik van tu ambik kita lambat lah umi .. penat kita tunggu dia taw...
ok lah busuk2 wangi2 umi cepat kita makan...
satu hari ne umi rasa penat sangat ,, alahaiii en hubby nanti qimie masuk sekolah rendah kita sama2 cuti ya...

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Rabu, Disember 08, 2010

salam maal hijrah 1432

salam semua...
pejam2 celik2 kita dah masuk tahun baru .. di kesempatan ne chem nak ucapkan selamat tahun baru semoga apa yg kita harapkan tahun lepas dah tercapai .. dan tahun ne akan lebih baik dr sebelum2nye.. amin
ari isnin chem sedih sebab tak dpt bersama mak sambut tahun baru ... en hubby penat nak drive jauh2 so tahun ne chem sekeluarga sambut kat Masjid Tmn Cendana.. jam 06.30 ptg samapi Masjid baca yasin dan doa akhir tahun selepas solat maghrib kami kami baca doa awal tahun .. mula nye chem sedih tapi bila dapat sambut tahun baru kat masjid hati chem berbunga2 rasa bahagia sangat2 , anak2 cukup memahami... sekali lagi air mata ku menitis syukur sangat2.

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Ahad, Disember 05, 2010

hari pertama Izzati ke sekolah....


salam semua
ari pertama izzati ke sekolah .. hmmm macam tak caya je izzati dah ke sekolah .. sedihnye umi....
balik dr sekolah macam cerita izzati cerita tentang kawan dia nangislah....kawan dia pakai tudung, budak nakal lah .. satu ari jugak cerita dia tak abis2.. bila tanya sekolah best x?
dia ckp cikgu pun tanya cam tu jugak.. kakak cakp best ....

esoknye izzati bangun pg senang ... mandi pun senang, sesuatu yg mudah sangat bila anak2 umi berkerjasama.. hapar ia berterusan selamanya..amin....


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

DOA KHUSUS 29 ZULHIJJAH~ mari beramal

DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH – 29 ZULHIJJAH


Doa Akhir Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.

DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH – 1 MUHARRAM


Doa Awal Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAHrahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

KELEBIHAN PUASA BULAN MUHARAM

Daripada Abi Hurairah Radiallahu anhu ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Seafdhal – afdhal puasa selepas daripada bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram”.

Daripada Ali bin Abi Talib Radiallahu anhu ia berkata : “Seorang lelaki bertanya kepadaku: Bulan apakah yang engkau mahu perintahkan kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?”. Ali Radiallahu anhu berkata : Aku tidak pernah dengar seseorang yang bertanya tentang hal ini kecuali seorang lelaki yang aku dengar ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. pada hal aku sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : Ya Rasullulah bulan apakah yang engkau nak perintah kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan? Rasulullah s.a.w. menjawab : Jika engkau mahu berpuasa selepas bulan Ramadhan maka puasalah pada bulan Maharram kerana sesungguhnya bulan itu adalah bulan Allah.

KELEBIHAN PUASA PADA HARI ASYURA’
Daripada Ibni Abbas Radiallahu anhuma berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah berpuasa pada hari Asyura’ dan memerintahkan manusia supaya berpuasa pada hari itu. Makna hari Asyura’ ialah hari yang kesepuluh daripada Muharram dan berpuasa pada hari itu adalah sunnat yang dituntuti kerana Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa setahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muasawi. Dan berpuasa pada hari Arafah, Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa 2 tahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muhammad. Pada asal kalimat, berpuasa pada sepuluh hari bulan Muharram adalah perintah wajib. Tetapi, kerana telah di nasakhkan menjadi sunnat, maka perintah puasa pada hari Asyura’ itu amatlah besar pahalanya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ibnu Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadhilat yang tidak ada pada hari-hari yang lain selain dari hari ini.

Daripada A’isyah Radiallahu anha ia berkata : Adalah hari Asyura’ itu satu hari yang telah berpuasa oleh orang Qurais pada zaman jahiliyyah dan adalah Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah ia pun berpuasa pada hari itu dan ia memerintahkan manusia supaya berpuasa. Apabila puasa bulan Ramadhan telah di fardukan, maka puasa pada hari Asyura’ itu tidak menjadi wajib lagi dan mereka pun meninggalkan amalan berpuasa pada hari Asyura’. Maka barangsiapa menghendaki, hendaklah berpuasa dan barangsiapa tidak menghendaki bolehlah meninggalkannya.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Orang-orang jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang Islam, sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan, juga berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan berbuka.
10 MUHARRAM (HARI ASYURA’) MENINGGALKAN BANYAK PERISTIWA SEJARAH DIANTARANYA:

1) Arasy, kurshi dan Syurga dicipta.
2) Langit, matahari, bulan, bintang dan bumi dicipta.
3) Nabi Adam dicipta dari tanah.
4) Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga.
5) Taubat Nabi Adam diterima ALLAH.
6) Bahtera Nabi Nuh mendarat di bukit Judi.
7) Nabi Ibrahim keluar daripada api.
8) Penglihatan Nabi Yaakub pulih semula.
9) Nabi Yusuf keluar dari perigi.
10) Nabi Ayub sembuh daripada menderita penyakit kulit.
11) Nabi Musa selamat menyeberangi lautan sementara Firaun dan pengikut²nya tenggelam ke dalam lautan Merah.
12) Nabi Sulaiman dikurniakan semula kekuasaan (kerajaan).
13) Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.
14) Nabi Isa dilahirkan.
15) Nabi Isa diangkat kelangit.
16) Hujan turun buat kali pertama kalinya membasahi bumi.



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, November 29, 2010

Selamat Hari Lahir Permata Hati Umi...


salam semua,
tanggal 24/11/2006 (Jumaat) puteri ku Izzati Ezzah Khairina Di lahirkan jam06.28 ptg ...
kini 24/11/2010 genap lah umur kakak 4 tahun .. heheheh hujung tahun baru cukup umur tp tak apa sentisa muda.. huhuhuu
doa umi " semoga kakak jd anak yg soleha, sentisa menjaga diri , akhlak dan tingkah laku sbg muslimah sejati amin ...

ketahuilah wahai anak2 umi kalian adalah permata hati yg sangat sukar di ganti ...... hanya Allah saja yg tahu kasih dan sayang umi pada kamu semua...
wahai anak2 ku..
kehidupan ini sangat indah andai diri mu sentisa beringat... pilih lah yg baik nescaya kalian akan bahagia...
kehidupan di dunia adalah sementara, jng sisa2 kan hari depan mu...

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Selasa, November 23, 2010

pg raya aidil adha


pg adik2 abg dan En hubby sedang bersarapan hahah makan ketupat lah


ini pulak anak chem no 3 , izzul irfan dng baju raya

ne pulak baju T yg dpt free semperna majlis krban bersama rakyat johor


salam semua ,
suasana pg raya masa ne semua dah siap tiba camera lah wat hal...
hahah kenangan x dpt di lupakan ..


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, November 01, 2010

keputusan haqimi dah keluar ..

salam semua,
keputusan haqimi dah kuar ..
hari jumaat gi ambik keputusan haqimi .. huhhuuu jantung chem berdegup kencang ..
masuk sekolah je dah nampak keputusan haqimi .. heheheh
haqimi dpt tempat ke 7 dari 18 org ...jumlah markah keselururuhan naik ,
walaupun hakimi dapat 84% tp haqimi dapat "A" , yang penting cikgu tak tunjuk jawapan masa peperiksaan , ne umi tanya cikgu tu sendiri ,
tp haqimi kurang menguasai sempoa... tak apa umi janji umi akan usaha utk haqimi dan adik2 ..
biar semua anak2 umi berjaya dunia dan akhirat .. amin...
hari yg sama cikgu ada komen sikit pasal haqimi ..
heheheh ,
haqimi suka main dlm kelas ,
kurang memberi tumpuan
doa hafalan haqimi bagus semua dapat "A"(kadang tu dia main2 jugak)
klu cikgu suruh wat keja dia main2 .. huhu anak ku kat umah siap lah
ne umi pulak ckp :
cikgu ada ke cikgu bagi haqimi pensel? sebab bila saya tanya dia ckp cikgu bg .. bukan apa takut dia ambik budak lain punya, tak best lah cam tu kan..
nasib baik cikgu ckp ada klu tak balik siap lah haqimi .. umi tak suka haqimi ambik2 brg org ... pantang umi.
Buat Semua Cikgu di Tadika Pintar Bistari ...
terima kasih hanya Allah saja dapat membalas jasa dan pengorbanan cikgu semua.. amin





"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best