Ahad, Disember 05, 2010

DOA KHUSUS 29 ZULHIJJAH~ mari beramal

DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH – 29 ZULHIJJAH


Doa Akhir Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.

DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH – 1 MUHARRAM


Doa Awal Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAHrahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

KELEBIHAN PUASA BULAN MUHARAM

Daripada Abi Hurairah Radiallahu anhu ia berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Seafdhal – afdhal puasa selepas daripada bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram”.

Daripada Ali bin Abi Talib Radiallahu anhu ia berkata : “Seorang lelaki bertanya kepadaku: Bulan apakah yang engkau mahu perintahkan kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?”. Ali Radiallahu anhu berkata : Aku tidak pernah dengar seseorang yang bertanya tentang hal ini kecuali seorang lelaki yang aku dengar ia bertanya kepada Rasulullah s.a.w. pada hal aku sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : Ya Rasullulah bulan apakah yang engkau nak perintah kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan? Rasulullah s.a.w. menjawab : Jika engkau mahu berpuasa selepas bulan Ramadhan maka puasalah pada bulan Maharram kerana sesungguhnya bulan itu adalah bulan Allah.

KELEBIHAN PUASA PADA HARI ASYURA’
Daripada Ibni Abbas Radiallahu anhuma berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah berpuasa pada hari Asyura’ dan memerintahkan manusia supaya berpuasa pada hari itu. Makna hari Asyura’ ialah hari yang kesepuluh daripada Muharram dan berpuasa pada hari itu adalah sunnat yang dituntuti kerana Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa setahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muasawi. Dan berpuasa pada hari Arafah, Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa 2 tahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muhammad. Pada asal kalimat, berpuasa pada sepuluh hari bulan Muharram adalah perintah wajib. Tetapi, kerana telah di nasakhkan menjadi sunnat, maka perintah puasa pada hari Asyura’ itu amatlah besar pahalanya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ibnu Abbas r.a pernah ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadhilat yang tidak ada pada hari-hari yang lain selain dari hari ini.

Daripada A’isyah Radiallahu anha ia berkata : Adalah hari Asyura’ itu satu hari yang telah berpuasa oleh orang Qurais pada zaman jahiliyyah dan adalah Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah ia pun berpuasa pada hari itu dan ia memerintahkan manusia supaya berpuasa. Apabila puasa bulan Ramadhan telah di fardukan, maka puasa pada hari Asyura’ itu tidak menjadi wajib lagi dan mereka pun meninggalkan amalan berpuasa pada hari Asyura’. Maka barangsiapa menghendaki, hendaklah berpuasa dan barangsiapa tidak menghendaki bolehlah meninggalkannya.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Orang-orang jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang Islam, sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan, juga berpuasa pada hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan berbuka.
10 MUHARRAM (HARI ASYURA’) MENINGGALKAN BANYAK PERISTIWA SEJARAH DIANTARANYA:

1) Arasy, kurshi dan Syurga dicipta.
2) Langit, matahari, bulan, bintang dan bumi dicipta.
3) Nabi Adam dicipta dari tanah.
4) Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga.
5) Taubat Nabi Adam diterima ALLAH.
6) Bahtera Nabi Nuh mendarat di bukit Judi.
7) Nabi Ibrahim keluar daripada api.
8) Penglihatan Nabi Yaakub pulih semula.
9) Nabi Yusuf keluar dari perigi.
10) Nabi Ayub sembuh daripada menderita penyakit kulit.
11) Nabi Musa selamat menyeberangi lautan sementara Firaun dan pengikut²nya tenggelam ke dalam lautan Merah.
12) Nabi Sulaiman dikurniakan semula kekuasaan (kerajaan).
13) Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.
14) Nabi Isa dilahirkan.
15) Nabi Isa diangkat kelangit.
16) Hujan turun buat kali pertama kalinya membasahi bumi.



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, November 29, 2010

Selamat Hari Lahir Permata Hati Umi...


salam semua,
tanggal 24/11/2006 (Jumaat) puteri ku Izzati Ezzah Khairina Di lahirkan jam06.28 ptg ...
kini 24/11/2010 genap lah umur kakak 4 tahun .. heheheh hujung tahun baru cukup umur tp tak apa sentisa muda.. huhuhuu
doa umi " semoga kakak jd anak yg soleha, sentisa menjaga diri , akhlak dan tingkah laku sbg muslimah sejati amin ...

ketahuilah wahai anak2 umi kalian adalah permata hati yg sangat sukar di ganti ...... hanya Allah saja yg tahu kasih dan sayang umi pada kamu semua...
wahai anak2 ku..
kehidupan ini sangat indah andai diri mu sentisa beringat... pilih lah yg baik nescaya kalian akan bahagia...
kehidupan di dunia adalah sementara, jng sisa2 kan hari depan mu...

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Selasa, November 23, 2010

pg raya aidil adha


pg adik2 abg dan En hubby sedang bersarapan hahah makan ketupat lah


ini pulak anak chem no 3 , izzul irfan dng baju raya

ne pulak baju T yg dpt free semperna majlis krban bersama rakyat johor


salam semua ,
suasana pg raya masa ne semua dah siap tiba camera lah wat hal...
hahah kenangan x dpt di lupakan ..


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, November 01, 2010

keputusan haqimi dah keluar ..

salam semua,
keputusan haqimi dah kuar ..
hari jumaat gi ambik keputusan haqimi .. huhhuuu jantung chem berdegup kencang ..
masuk sekolah je dah nampak keputusan haqimi .. heheheh
haqimi dpt tempat ke 7 dari 18 org ...jumlah markah keselururuhan naik ,
walaupun hakimi dapat 84% tp haqimi dapat "A" , yang penting cikgu tak tunjuk jawapan masa peperiksaan , ne umi tanya cikgu tu sendiri ,
tp haqimi kurang menguasai sempoa... tak apa umi janji umi akan usaha utk haqimi dan adik2 ..
biar semua anak2 umi berjaya dunia dan akhirat .. amin...
hari yg sama cikgu ada komen sikit pasal haqimi ..
heheheh ,
haqimi suka main dlm kelas ,
kurang memberi tumpuan
doa hafalan haqimi bagus semua dapat "A"(kadang tu dia main2 jugak)
klu cikgu suruh wat keja dia main2 .. huhu anak ku kat umah siap lah
ne umi pulak ckp :
cikgu ada ke cikgu bagi haqimi pensel? sebab bila saya tanya dia ckp cikgu bg .. bukan apa takut dia ambik budak lain punya, tak best lah cam tu kan..
nasib baik cikgu ckp ada klu tak balik siap lah haqimi .. umi tak suka haqimi ambik2 brg org ... pantang umi.
Buat Semua Cikgu di Tadika Pintar Bistari ...
terima kasih hanya Allah saja dapat membalas jasa dan pengorbanan cikgu semua.. amin





"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Khamis, Oktober 14, 2010

last day..

salam,
semlm anak2 chem ajak gi makan bugger .. heheheh macam biasa lah chem tanya nak kat mana ? Mcd umi ,, dah lama dah tak gi sana .. oiii banyak lah minggu lepas tu apa ?
hakimi ckp tak bole esok abg ada periksa lah ..
hmmm kakak dengar tak abg kimie ada periksa esok .. so makan tu kita pospon esok ok...
si kakak pulak marah2 je.. semua tak kena .. balik tu makan nasi goreng + udang goreng tepung ... air sirap suam jelah ...
seperti biasa hakimie bole main sempoa bila kiraan nye semua tambah, klu kena tang tolak hakimie susah sikit .. puas umi ajar tapi masih ada yg hakimie tak faham .. heheheh susah jugak kat sini baru hakimie .. kat sekolah tu kesian cikgu2 nak fahamkan satu kelas .. lg lah kesian ..
kepada semua cikgu2 dan bekas2 cikgu sumbangan kalian amat2 berharga.. jasa kalian tak mudah di lupakan ...
selesai ajar hakimie.sebelum tido hakimie tanya klu abg tak bole jawab cikgu marah tak umi .
hmm tak lah .. nanti mintak cikgu terang kan ok...
ok anak2 umi baca doa sebelum tido ..
seperti biasa hakimie baca doa kakak akan ikut ,
3 basaha .. bahagai nye umi rasa ..
1. bahasa arab
2. bahasa melayu
3. bahasa inggeris

dulu masa umi sek .. guna bahasa arab dng bahasa melayu je..


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Rabu, Oktober 06, 2010

kimie nak periksa... akhir tahun

salam semua ..
kecut perut chem tak senang nak duduk ne minggu depan 11/10~ 14/10, anak sulung ku periksa akhir tahun .. huhuu
chem tanya dia "abg, cikgu ada ckp x periksa bila ?
kimie dng selamba jawab "kita rasa lg 2 bulan lah umi...
umi dan abah ' kami serentak ketawa.. salah lah abg .. minggu depan abg periksa taw...
minggu depan tu ari apa umi ? isnin lah ...ya lah isnin tu ari apa?
opsss lupa tang ari ne , umi kena ckp london , monday lah sayang ...
kimie ;'ok umi ... saturday ,sunday cuti ,monday periksa..Oooo

umi : napa lemah je...
kimie : kita takut lah umi...
umi: takut napa ? saja je tanya dia , nak tahu sangat apa kimie nak jawab...
kimie : takut lah ..

agaknye kimie pun sama cam umi kot, dulu umi pantang dng peperiksaan , hahahah memang tak senanh nak duduk ..




"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

izzul irfan

salam semua ,
ne lah permata hati yg ke - 3 chem & en hubby ... baru berusia 6 bulan .. ensom x?
akak & abg dia selalu ckp adik ensom mcm abg.. klu comel mcm akak.. heheheheh
tp permata hati ku ini jauh di mata namun dekat dan sentiasa di hati chem.
permata ini telah ku berikan kepada 2 insan yg sangat aq sayang...
abg dan kakak ipar ku... harapan ku , hanya 1 moga anak ini dpt memberi sinar bahagia kepada abg dan kakak ku ..
moga kalian dapt mendidik anak ku dng sempurna dunia dan akhirat amin...
note: tp aq selalu jumpa anak ku hujung minggu ...

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best