Rabu, September 09, 2009

15 Madah Cinta Paling Panas..huhuhu


Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.

Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.


TETAPI JNG LUPA CINTA HAKIKI.. CINTA PADA ILAHI ....

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"









Selasa, September 08, 2009

Izzati Jadi Model.....

salam semua ...
saja nak kongsi cerita.. anak ku yg kedua jadi model butik muslimat kak ila ...
yg si abg nye pun nak jadi model jugak.. so aku pujuk abg nanti kita pergi kedai jual baju lelaki ya abg .. muah...muah...
nasib baik jugak izzul hakimi tak meragam klu tak sure aku balik dulu .. hehheeh
anakku bersama anak yg lain sedang mengayakan baju si comel dari butik kak ila
yg akan di buka dng rasmi pada 09/09/2009 di pusat bandar pasir gudang , baju kanak2 yg bercirikan muslimah sejati ,, baju nye cantik2 , tak panas sesuai lah untuk anak2 dara kita, nampak comel dan terjaga auratnye...hehehehe
tengok lah si kecil tu siapa lagi klu bukan izzati

izzati ezzah khairina belum masuk 3 tahun


semoga anak2 menjadi anak yg di senangi dimata dan hati umi dan abah serta semua manusia sekian alam...amin

senyum mu pengubat rindu , ceria hilangkan segala kesunyian....


dlm kehidupan ini tidak ada harta yg lebih berharga selain dari anak2 , kadang terfikir sebab tu mak dan bapak selalu marah klu aku balik dari jln lambat .. sekarang ini aku dah dapat rasa perasaan itu .. pelik tapi benar .....

mak dan bapak terima kasih sebab jaga chem sebaik2 nye....


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Isnin, Ogos 31, 2009

Khatam Al~Quran

salam semua,
Alhamdulilah...semalam riuh rendah kat rumah mak , semua adik2 dan akak2 mak berserta anak2 cucu2 bertandang ke teratak mak kat tampoi JB. semperna khatam AL quran secara beramai2 semua berjalan seperti apa yg di rancang.
tepat pukul 07.00 mlm selesai sudah bacaan doa oleh makcik ku Zainaba beliau juga seorang guru mengaji sekitar JB,
MAkcik ku Halimah telah menyusun majlis dng bergitu cantik sekali ..
Sepupu2 kecil ku turut serta menjayakan bacaan ayat2 suci Al Quran,

bila sampai waktu berbuka kami berbuka dengan buah kurma dan air jus, ne jamah je
lepas solat magrib bersama2 kami di sajikan dengan makanan berat nasi beryani tanam,
jng ckp lah bapak yg masak sedap sangat.. terima kasih bapak ...
makan dlm dulang, nelah saat2 yg bole yg buat kami sedih sekali sebab teringat masa duduk kat rumah mama.. hari2 makan dalam dulang,byk kelebihan nye dah tua2 ne baru lah chem tahu dulu gaduh2 lagi dng sepupu hahahah kenangan itu memang indah ....

nanti chem masukkan gambar itu pun klu dapat dari kak ipar ku kak shila....


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Jumaat, Ogos 21, 2009

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum..
semua kawan2 teman2 sahabat2 ku
di kesempatan ne chem mohon ampun dan maaf ya....
renung2 kan....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
Ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
Hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita
Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu ‘memohon maaf’ jika saya Ada berbuat
Kesalahan, baik yang tidak disengaja mahupun yang di engaja, semoga Kita
Dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah
S.W.T, insyaallah.

Saya juga telah memaafkan kalian semua Dan menghalalkan segalanya...

Selamat Berpuasa.
Ikhlas Dari ku


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Rabu, Ogos 19, 2009

lagu jalur gemilang ......



anakku ....

semperna bulan merdeka umi tujukan lagu ne utk anak umi hakimi suka ..dia suka terjerit2 bila dengar lagu kesukaan dia ne ....

Jalur Gemilang
(Pak Ngah / Siso Kopratasa)

Jalur Gemilang Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam
MalaysiaSatu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Selasa, Ogos 04, 2009

Cahayamata Noi & Eddy




Salam..
nelah Cahayamata Noi dan Eddy comel geram sangat .. huhuhu berat dia cuma 2.1
masa dia senyum nampak lesung pipi....nasib baik tak lesung batu hhahahahha
nama dia Aishah Hana
masa chem dukung alamak macam tak ada baby je.... mak ckp masa mandikan pun macam tak mandi je ..... itulah comel sangat ......




"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


Isnin, Ogos 03, 2009

noi dah selamat bersalin ...

salam...
betul org ckp penantian satu penyeksaan, itulah yg chem rasa sbg kakak sulung adik perempuan chem yg kedua selamat bersalin anak yg sulung, adik noi dapat anak perempuan berat baby dia 2.1 kecil sangat.. tapi dia bersalin semlm kul 08.09 mlm tak datap tengok buat lah alasan cam mana tetap tak dapat sebab ada kehilangan baby .. so undang2 dah di ketatkan .. so we just follow je.. hehehehe
hubby dia eddy naik dia ckp muka anak nye macam muka noi .. hehheeh
kita org tetap bersyukur sebab baby dan emak nye selamat ...
mak lah org yg risau sangat ... sampai tak bole makan, tapi ckp kat noi ingat Allah mak tak bole hilang sakit. Cuma Allah je tahu segala2 nye ....
kul 04.30 waktu melawat noi dah sakit tapi noi tahan sebab kita org tak sampai lagi .. tepat kul 05.00 ptg kita org sampai .. tegok muka noi memang tengah tahan sakit, lebih kurang kul 05.30 ptg noi suruh abg sulung kita org panggil nurse,
tak lama lepas tu aku ada nurse datang bawak kerusi roda.. bawak noi.. lebih kurang 05.45 ptg ada seorg lagi nurse datang mintak baju baby .. noi dah siapakan semua tinggal capai je..chem dng makcik2 duduk kat katil siap makan lagi nasi noi sebab cukup time pinggan tu di ambil balik so apa lagi bedal lah .. heheheheheh
ok nanti kan kemunculan gambar baby noi ok... mlm ne nak balik umah mak.. huhuhuuh


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,
Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,
Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best