Jumaat, Ogos 26, 2011

untuk yang ditinggalkan

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah













Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.

Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.

Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.

Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.

Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.


"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan,dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati.”


Selasa, Ogos 23, 2011

dah 23 hari puasa

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah

pada tanggal 22.Ramadan.1432
hmmm sesuatu yg chem rasa malu dng anak2 chem .. nak tahu apa ? tentang puasa mereka, sungguh malu yg teramat sanggat bagi chem dah 7 tahun puasa chem masih tak cukup tapi anak2 chem cukup, semlm akan dara chem mula solat... ya mengalir air mata chem "syukur Alhamdulliah Ya Allah" tiada kata2 yg dpat chem gambarkan bertapa gembiranye hai ini ..masa berbuka anak2 tak pulak tanya "umi masak apa"
dia org sekadar makan apa je lauk express yg chem masak... kentang masak soohun, nasi goreng, mee goreng , mee sup , lauk asam pedas , kari ayam, udang sambal, ketam tomyam, ketam masam manis, udang gerong , sotong sambal, udang kari apa pun makan je... tanpa byk soal






"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan,dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati.”


Keistimewaan Doa Waktu Bersujud

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”

Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”

Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”
KEISTIMEWAANNYA
———————
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

“Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA; Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati.”



"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


41 Kelebihan Wanita Islam

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda:
Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu- pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

byk sunggu kelebihan kita sbg muslimah .. so apa lg jadi diri andan seorang muslimah sejati dunia dan akhirat amin...

"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"



Tangisan Tergoncang Arash

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?” “Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”


Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?”

Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab

dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.”


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Jumaat, Ogos 12, 2011

DIMANAKAH KITA??? - SHAM KAMIKAZE

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah
yg baik jadi kan teladan dah yg tidak baik itu jd kan sempadan ...

JIKA golongan wanita bersubang, bergelang dan memakai rantai emas dihiasi
intan berlian, Sham Kamikaze, 35, pun apa kurangnya. Perhiasannya penuh
satu kotak. Di pentas pula bergaya dengan kemeja-T gambar tengkorak dan
kehebatannya memetik gitar menjadi pujaan ramai gadis.

Namun apabila hidayah tiba, Sham atau nama penuhnya Shamril Mohamed Salleh
dengan rela hati sanggup meninggalkan semua itu. Segala-galanya datang
tanpa dirancang.
Hampir dua bulan lalu, Sham mengajak rakannya memandu hala ke utara tanah
air sambil berazam untuk berhenti solat setiap waktu di masjid yang mereka
temui.

Dalam perjalanan itu ketika bersolat di Masjid Alwi, Kangar, Perlis, dia
terserempak dengan Imam Satu, Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As
Sudais dan bersalam dengannya.
Sedangkan mereka yang mengerjakan umrah atau haji di Makkah pun susah
hendak bertemunya, apatah lagi untuk berjabat tangannya.

Sesungguhnya pertemuan yang tidak disangka itu meniupkan angin perubahan
pada dirinya, langsung Sham meninggalkan segala perkara yang menjadi
kebanggaannya di dunia selama ini.

Dengan wajah berseri dan perkataan syukur tidak lekang di bibir, Sham
menceritakan segala yang dirasainya kini kepada wartawan SELEBRITI, NOR
AKMAR SAMUDIN.
ZAMAN jahil saya dulu, hendak solat pun terasa berat kaki tangan. Kalau
‘buat’ pun mesti lambat. Sudah dekat hampir masuk waktu Asar, baru saya
solat Zuhur dan sebaik habis, berkumandang pula azan Asar.

Dalam hati merungut, ‘alamak, baru solat Zuhur, dah nak solat Asar pula?’
Kadangkala bila dengar azan pun masih buat tak tahu. Rasa macam tak ada
makna apa-apa.
Namun sejak mendapat hidayah Allah SWT, rasa tak sabar menunggu azan. Saya
bersiap awal ke masjid sebelum kedengaran azan. Terasa damainya hati
apabila kita ikhlas beribadah kerana-Nya.
Saya memanjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada Ilahi kerana memberikan
hidayah pada usia masih muda dan mendapat petunjuk dalam keadaan saya
masih sihat dan senang.

Kebanyakan yang kita dengar, ada yang baru sedar apabila dihimpit
kesusahan. Daripada pengalaman saya, jika Allah SWT hendak memberi
petunjuk, Dia tidak kira siapa, di mana dan berapa usianya.
Kalau diingatkan zaman jahil dulu, apa yang saya tak buat. Orang muda yang
ingin mencuba segala-galanya. Kalau bab berfesyen, usah ceritalah.
Aksesori saya mengalahkan wanita, saya pakai anting-anting, gelang dan
rantai.

Bukan anting-anting biasa, tetapi anting-anting berlian yang harganya
mencecah ribuan ringgit. Siap ada tempat khas untuk menyimpan semua
perhiasan itu.
Dalam bab berpakaian pula, terutama kalau buat show, kemeja-T bergambar
tengkorak menjadi pilihan. Agaknya orang alim yang tengok saya pakai baju
itu mengucap sakan dan berdoa semoga saya berubah.
Bila solat Jumaat, saya tanggalkan anting-anting tetapi saya melakukannya
bukan kerana Allah SWT tetapi kerana malu pada orang. Sekarang saya suruh
isteri (Farazali Abdul Jabar, 29) beri perhiasan itu pada orang tanpa
sedikit pun rasa rugi. Bukan tak tahu orang lelaki haram memakai barang
kemas, tetapi waktu itu manalah saya kisah.

Dengan perubahan ini, saya mahu menjalani kehidupan seharian dengan
mencontohi cara hidup Rasulullah SAW. Sabda baginda: “Hidupkan aku dalam
keadaan fakir dan matikan aku dalam keadaan fakir.” Namun bukan pula kita
tidak boleh mencari harta, namun harta diperoleh itu hendaklah digunakan
pada jalan benar, seperti bersedekah.
Saya sangat bersyukur kerana sejak menceburi bidang seni, rezeki saya
tidak pernah putus. Tak perlu saya cari kerja, duduk di rumah saja menanti
panggilan telefon. Saya sudah puas merasai nikmat dunia dan tiba masa saya
hidup dalam keadaan sederhana.

Bagaimanapun, sejak dulu saya tidak masalah untuk bersedekah kerana ia
diajar emak ayah dan saya suka buat kerja kebajikan. Dalam banyak amalan,
bersedekah adalah yang paling senang di mana kita senyum pada orang pun,
sudah dikira sedekah. Hebatnya amalan bersedekah ini.
Orang paling gembira bila saya berubah adalah isteri dan emak saya. Isteri
saya kata: ‘Syukur, Allah SWT sudah makbulkan doa saya’. Isteri saya dulu
penyanyi latar dan dia dapat hidayah lebih awal. Setiap waktu dia
mengingatkan saya untuk bersolat dan jawapan yang selalu saya bagi,
‘nantilah dulu’.

Bayangkan betapa sukarnya seorang isteri untuk membimbing suaminya kerana
dia ketua keluarga. Kalau cakap lebih-lebih nanti, takut suami naik angin.
Hikmah lain, kawan saya bertambah ramai. Tak kira apapun bangsa kawan
saya, mereka gembira dengan cara hidup saya sekarang.
Kalau dulu di Facebook, ada lebih kurang 5,000 peminat, sekarang hampir
12,000 orang. Ada yang kata, dia mula minat saya sejak saya berubah. Ada
ramai orang baik di luar sana yang mahu mendalami dan mendekati Islam.

Pun begitu, pada awal perubahan itu, dugaan paling hebat apabila hendak
bangun solat Subuh. Terasa beratnya kelopak mata kerana saya selalu
berjaga hingga jam dua tiga pagi. Sekarang, loceng jam belum berbunyi,
saya dah terjaga.
Mula-mula itu sakit kepala dibuatnya kerana tak cukup tidur, tetapi
sekarang dah biasa. Hidayah itu tidak boleh dicari tetapi ia datang
sendiri.
Kini, apapun yang saya lakukan kerana Allah SWT. Saya mula bermain muzik
pada 1993 dan sekarang saya lebih suka bekerja di belakang tabir. Tiada
lagi terkinja-kinja di pentas. Melangkah saja ke persembahan pentas atau
konsert, dosa sudah menunggu kerana melihat aurat wanita tidak bertudung
dan berpakaian seksi.

Dulu, kalau saya memandu di sekitar Jalan Bukit Bintang, mata meliar
memerhatikan wanita pelbagai bangsa yang lalu-lalang. Berjalan dengan
isteri, tangan kiri menggenggam erat tangannya tetapi mata masih menjeling
gadis di seberang sana.
Sekarang isteri saya senang hati melepaskan saya pergi ke manapun.
Cukuplah, zaman itu sudah berlalu. Setiap orang pasti melakukan kesilapan
dan moga Allah SWT mengampunkan dosa saya.
Bagaimanapun, yang mana projek dipersetujui sebelum saya berubah, saya
akan selesaikan. Malam tadi saya muncul di konsert mingguan Akademi
Fantasia 9 sebagai juri kerana janji yang dibuat sudah lama.

Saya masih bermain muzik, namun cukuplah di belakang tabir dan sedia
bekerjasama dengan mana-mana kumpulan nasyid di negara ini. Jika mereka
mengadakan persembahan bercorak Islamik, saya sudi bekerjasama.
Saya memakai ketayap atau bersongkok serta berjubah, bukan untuk
menunjuk-nunjuk pada orang tetapi sebagai peringatan buat diri sendiri.

Mengingatkan ketayap di kepala sekali gus menghalang saya untuk melakukan
perkara tidak baik. Jalan pun lebih banyak tunduk untuk menjaga pandangan.
Melihatkan jubah putih tersarung di badan menyekat langkah saya kembali ke
jalan lama.
Saya betul-betul bertaubat dan mudah-mudahan Allah SWT tetapkan hati saya
berada di jalan yang ditetapkan-Nya sehingga ke akhir hayat saya.

Doa saya setiap hari: “Ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati ku selepas
Engkau berikan hidayah.”
Untuk menambah ilmu agama yang masih cetek, saya
pergi kuliah agama, mendengar ceramah, membaca buku, kitab, mendalami
al-Quran dan memahami tafsirannya. Saya pun tidak mahu berubah secara
ekstrem, biarlah perlahan-lahan.
Ada yang panggil saya berceramah tetapi ilmu yang ada belum sampai ke
tahap itu. Kalau hendak bercerita macam mana saya mendapat hidayah, itu
boleh. Sabda Rasulullah SAW: “Manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali
orang yang beriman.” Menurut seorang ustaz, kalau kita mahu menambah
ibadah, tengoklah ahli ibadah yang hebat. Namun dalam bab urusan dunia,
tengoklah orang yang lebih teruk daripada kita supaya kita menjadi lebih
baik daripadanya.

Dalam dunia ini, perkara paling berat yang manusia hendak buat ialah
beriman dengan qada dan qadar. Kita kena percaya, semua perkara terjadi
atas izin-Nya.
Waktu baru berubah, depan isteri dan seorang pelajar saya, tiba-tiba gitar
kesayangan saya terjatuh. Mereka terdiam kerana takut saya naik hantu
kerana dulu kalau barang kesayangan saya rosak atau hilang, siaplah,
berasap satu badan.
Namun kali ini dengan tenang saya mengangkat gitar tanpa rasa marah kerana
saya anggap ia qada dan qadar daripada Allah SWT. Dah jatuh, saya hendak
buat macam mana. Semua perkara terjadi atas kehendak-Nya.

Kita sudah rasai semua nikmat dunia tetapi kita tak ingat Tuhan. Hidup
saya sekarang sangat bermakna kerana dapat mendekati Allah SWT.
Sebagai hamba-Nya yang serba kekurangan, kita mesti tamak mencari pahala
Allah SWT, bukan mengutamakan harta dunia. Kalau Rasulullah SAW yang
maksum itu bertaubat 70 kali sehari, siapalah kita hamba yang hina ini.
Takut dan gerunlah dengan azab Allah, insya-Allah kita akan selamat.
Selalu minta pada-Nya, hendaklah kita mati dalam Islam, dalam keadaan
berwuduk dan dapat mengucap dua kalimah syahadah.

Firman Allah SAW, “Dan kamu tidak mampu menempuh jalan itu kecuali
dikehendaki Allah.”

“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah
ialah yang paling bertaqwa.”


"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"


dah 12 hari kita berpuasa ...

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh & Salam ukhuwwah

hmmm dah 12 hari kita berpuasa rasa macam sekejap je kan .. bg anak2 pulak mesti mereka rasa lama contoh anak2 chem cukup lah setiap hari mereka anak tanya "umi bila kita nak raya"? sambil tersenyum umi akan jawab kita kena puasa 30 hari baru kita bole raya .. bila tanya anak yg sulung " abg izzul dah puasa berapa hari? nanti izzul akan jawab sama lah macam umi ... bila tanya anak no 2 "kakak dah puasa berapa hari? izzati akan jawab kita tak puasa 1 hari je yg lain sama macam umi , abah dan abg ... heheheh hakikat nye umi ne puasa tak penuh pun tp umi cover baik punya ,, hahahah ,
hari nak gi beli raya untuk anak2 abah dah janji nak gi beli hari ini harap2 semua nye berjln dng mudah dan selamat amin...
pg2 lg abah dah ckp so mood anak2 nak gi sekolah dah tak ada, umi jom lah kita gi beli baju raya tak payah gi sekolah ,,, huhuhuhuu
sedap je umi dengar , dah um ckp klu umi gi beli baju raya lepas tu umi tak gi keja nanti siapa nak bagi umi duit ... kakak ker abg nak bagi umi duit ... dah jom kita gi sekolah dan umi gi keja nanti balik kita gi sama ya ..




"Sayangi Sebuah Perkenalan Kerana Di Situ Terciptanya Kemesraan,Sayangi Sebuah Persahabatan Kerana Di situ Terciptanya Kerinduan,Hargai Kedua-duanya Kerana Itulah Rahmat Tuhan"

Izzul Hakimi

izzati khairina

Izzul irfan

kelas hakimi 5 maju

kelas hakimi 5 maju

Jom Dengar ne... best